Indonesia larang eksport minyak masak mulai 28 Apr; keseimbangan bekalan minyak sawit dunia dijangka terjejas
Langkah Indonesia melarang eksport minyak masak ke luar negara mulai Khamis depan (28 Apr), dijangka memberi impak besar kepada keseimbangan permintaan dan penawaran minyak dan lemak dunia.
(Gambar: Kompas.com)
PONTIAN: Langkah Indonesia melarang eksport minyak masak ke luar negara mulai Khamis depan (28 Apr), dijangka memberi impak besar kepada keseimbangan permintaan dan penawaran minyak dan lemak dunia.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II Dr Wee Jeck Seng berkata langkah baru itu yang diumumkan pada Jumaat lalu (22 Apr), turut dijangka melonjakkan harga minyak sawit dan minyak pesaing lain di pasaran antarabangsa memandangkan Indonesia merupakan pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit di pasaran minyak dan lemak dunia.
Katanya pada tahun lalu sahaja, pengeluaran dan eksport minyak sawit Indonesia, masing-masing mewakili 59 peratus dan 56 peratus daripada pengeluaran dan eksport minyak sawit dunia, yang secara keseluruhannya, eksport minyak sawit Indonesia mewakili 30 peratus daripada keseluruhan eksport minyak dan lemak dunia.
âBerdasarkan sumbangan besar Indonesia dalam pasaran minyak dan lemak dunia, langkah drastik yang diambil oleh Indonesia ini pastinya akan memberi kesan besar terhadap negara-negara lain di dunia terutamanya kepada negara-negara pengimport utama minyak sawit seperti China, India dan Kesatuan Eropah.
âMalaysia selaku negara pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia, langkah yang diambil oleh Indonesia ini dijangka meningkatkan permintaan eksport ke atas minyak sawit Malaysia,â katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Parlimen Tanjung Piai, Sabtu malam (23 Apr).
Beliau mengulas mengenai kesan ke atas Malaysia susulan pengumuman Indonesia yang melarang eksport minyak masak dan bahan mentahnya mulai 28 April sehingga diberitahu kelak, bagi memastikan pasaran domestiknya mempunyai bekalan minyak masak mampu milik yang banyak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.