Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia lapor 16 kematian COVID-19 dalam tempoh 24 jam

Enam belas lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 956 kes, manakala kes positif kini seramai 13,645.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lapor 16 kematian COVID-19 dalam tempoh 24 jam

Pemerintah mengenakan sekatan sosial berskala besar untuk mengekang penularan COVID-19 di Jakarta. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 09 May 2020 05:49PM Dikemas Kini : 09 May 2020 05:51PM

JAKARTA: Enam belas lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 956 kes, manakala kes positif kini seramai 13,645.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam (8 Mei) sehingga 12 tengah hari ini (9 Mei), berlaku pertambahan 533 kes baru, manakala 113 pesakit telah sembuh menjadikan mereka yang sembuh kini 2,607 orang.

"Seramai 29,690 pesakit masih berada dalam pengawasan virus itu," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 427 kes diikuti Jawa Timur yang mencatat 141 kes, Jawa Barat dengan 95 kes dan selebihnya dari wilayah lain di Indonesia.

Sumber : Bernama/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan