Skip to main content

Dunia

Indonesia lapor 1,054 kes baru COVID-19; kenaikan harian tertinggi dalam 3 bulan

Indonesia melaporkan 748 kes jangkitan akibat varian Omicron setakat Sabtu (15 Jan), menurut angka terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lapor 1,054 kes baru COVID-19; kenaikan harian tertinggi dalam 3 bulan

Para penduduk Indonesia dengan pelitup muka. (Gambar: AFP)

JAKARTA: Indonesia melaporkan 748 kes jangkitan akibat varian Omicron setakat Sabtu (15 Jan), menurut angka terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara itu.

Kes itu membabitkan 569 kes import dan 155 jangkitan tempatan sementara lagi 24 kes masih dalam siasatan, agensi berita Antara memetik kenyataan pegawai kanan kementerian kesihatan, Siti Nadia Tarmidzi.

Kebanyakan kes dikesan dalam kalangan individu yang pulang dari Arab Saudi, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Sebanyak 1,800 lagi kes berkemungkinan membabitkan varian Omicron di negara itu.

Cik Siti Nadia berkata pemerintah terus mengkaji sekatan dan peraturan kuarantin demi mengekang penularan virus itu.

Pemerintah turut menggugurkan larangan perjalanan terhadap 14 negara berkuat kuasa 14 Januari memandangkan varian Omicron sudahpun merebak ke 150 negara.

Negara-negara itu termasuk Afrika Selatan, Botswana, Norway, Perancis, Angola, Zambia, Zimbabwe, Malawi, Mozambique, Namibia, Eswatini, Lesotho, Britain dan Denmark.

Pelancong antarabangsa yang tiba di Indonesia perlu menjalani kuarantin diri tujuh hari selepas ketibaan.

Sementara itu, pesakit positif varian Omicron menjalani kuarantin di Hospital Kecemasan COVID-19 di Wisma Atlet Kemayoran, Jakarta, atau di hospital rujukan, kata Cik Siti Nadia.

Negara yang memiliki bilangan penduduk keempat tertinggi di dunia itu menjangka gelombang COVID-19 akibat varian Omicron akan mencapai kemuncak pada pertengahan Februari, dengan kes harian dianggarkan antara 40,000 hingga 55,000 pada minggu kedua atau ketiga.

Pada Sabtu, kementerian kesihatan melaporkan 1,054 kes baru akibat COVID-19, peningkatan harian tertinggi dalam tiga bulan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita