Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia lanjutkan sekatan COVID-19 setelah kes merebak di beberapa daerah

Indonesia melanjutkan sekatan COVID-19 di pulau Jawa dan Bali sehingga 16 Ogos, namun akan melonggarkannya di 26 kawasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lanjutkan sekatan COVID-19 setelah kes merebak di beberapa daerah

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Aug 2021 09:35AM Dikemas Kini : 10 Aug 2021 09:37AM

JAKARTA: Indonesia melanjutkan sekatan COVID-19 di pulau Jawa dan Bali sehingga 16 Ogos, namun akan melonggarkannya di 26 kawasan.

Ini setelah data rasmi menunjukkan kes jangkitan merosot di Jakarta namun meningkat di tempat-tempat lain.

Dalam salah satu pandemik terburuk di Asia, pihak berkuasa negara itu mengehadkan pergerakan bagi membendung penularan virus COVID-19 varian Delta yang mudah merebak di Jawa dan Bali pada awal Julai. Sejak itu, ia melanjutkannya ke kawasan lain yang mempunyai kadar jangkitan tinggi.

"Jangan sia-siakan kemajuan yang telah kita capai dengan penuh susah-payah," kata Menteri Kabinet Luhut Pandjaitan yang memantau respons di Jawa dan Bali pada lewat Isnin (9 Ogos).

Pusat-pusat beli-belah akan dibuka semula pada keupayaan 25 peratus bagi individu sudah divaksinasi, kecuali bagi kanak-kanak dan golongan warga emas. Para individu juga mesti menunjukkan bukti vaksinasi menggunakan aplikasi mudah alih, menurut Luhut.

Status vaksinasi para penduduk akan mengesahkan protokol kesihatan yang manakah perlu mereka patuhi dalam sektor-sektor seperti pelancongan dan pendidikan, sama ada mereka perlu memakai pelitup atau tidak, kata menteri kesihatan Budi Gunadi Sadikin.

Sekatan di kawasan di luar Jawa dan Bali dilanjutkan sehingga 23 Ogos sedang kes meningkat sebanyak 1.2 peratus, manakala jumlah kes di Jawa dan Bali merosot sebanyak 27 peratus pada bulan ini.

Di Jakarta, terdapat 14,619 kes pada 12 Julai namun pada Isnin, kes tersebut merosot kepada 727, menurut data pemerintah.

Kadar penghunian katil secara keseluruhan di hospital-hospital sekitar bandar itu merosot kepada 39 peratus daripada 90 peratus.

Penularan varian Delta, yang pertama kali dikenal pasti di India, menambah beban terhadap sistem jagaan kesihatan yang lemah.

Kadar penghunian katil di unit jagaan rapi di Gorontalo di Pulau Sulawesi menjangkaui 90 peratus sementara kadarnya melebihi 80 peratus di tiga daerah di pulau Sumatera, menurut data kementerian kesihatan.

Sementara itu, kes COVID-19 di Kalimantan Timur di pulau Borneo melonjak daripada 922 kes pada minggu kedua Jun kepada 12,127 pada minggu pertama Ogos, menurut ketua agensi kesihatan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan