Skip to main content

Dunia

Indonesia lancar program makanan berkhasiat percuma; dijangka manfaat 90 juta kanak-kanak

Pemerintah baharu Indonesia melancarkan projek bercita-cita tinggi bernilai AS$28 juta (S$38.3 juta) pada Isnin (6 Jan) untuk memberi makan kepada hampir 90 juta kanak-kanak dan wanita hamil bagi mengatasi isu kekurangan zat makanan dan pembesaran terbantut.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lancar program makanan berkhasiat percuma; dijangka manfaat 90 juta kanak-kanak

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 06 Jan 2025 02:52PM
  • Pemerintah baharu Indonesia melancarkan projek bercita-cita tinggi bernilai AS$28 juta (S$38.3 juta) pada Isnin (6 Jan) untuk memberi makan kepada hampir 90 juta kanak-kanak dan wanita hamil bagi mengatasi isu kekurangan zat makanan dan pembesaran terbantut.
  • Program Makanan Berzat Percuma itu dilancarkan sempena ikrar kempen Presiden Prabowo Subianto.
  • Presiden Prabowo berikrar untuk mengukuhkan pertumbuhan GDP kepada 8 peratus daripada 5 peratus sekarang.
  • Program kelolaan Presiden Prabowo itu yang juga termasuk agihan susu secara percuma, mungkin menelan belanja 450 trilion rupiah (S$38 juta).
Dijana oleh AI
JAKARTA: Pemerintah baharu Indonesia melancarkan projek bercita-cita tinggi bernilai AS$28 juta (S$38.3 juta) pada Isnin (6 Jan) untuk memberi makan kepada hampir 90 juta kanak-kanak dan wanita hamil bagi mengatasi isu kekurangan zat makanan dan pembesaran terbantut.

Ini meskipun para pengkritik menyoal sama ada program kebangsaan itu boleh dimampui.

Program Makanan Berzat Percuma itu dilancarkan sempena ikrar kempen Presiden Prabowo Subianto.

Menurutnya, program itu bertujuan mengatasi masalah pembesaran terbantut yang menjejas 21.5 peratus daripada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah di negara itu.

Ia juga akan menambah pendapatan para petani dan nilai hasil tanam-tanaman mereka.

Presiden Prabowo berikrar untuk mengukuhkan pertumbuhan GDP kepada 8 peratus daripada 5 peratus sekarang.

Dalam ucapan pelantikan rasmi pada Oktober lalu, Presiden Prabowo berkata ramai kanak-kanak kekurangan zat makanan dan beliau berjanji untuk menyediakan makanan percuma di sekolah dan susu kepada 83 juta pelajar di lebih 400,000 sekolah di seluruh negara itu, di bawah satu strategi jangka panjang untuk membangunkan sumber manusia negara itu bagi mencapai Generasi Emas menjelang 2045.

Program kelolaan Presiden Prabowo itu yang juga termasuk agihan susu secara percuma, mungkin menelan belanja 450 trilion rupiah (S$38 juta).

Menurutnya, beliau dan pasukannya telah melakukan perkiraan untuk menjalankan program sedemikian dan 'mereka mampu untuk melakukannya", tegas Presiden Prabowo.
Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita