Indonesia kutuk rancangan sepihak Israel untuk kuasai Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan-bangunan runtuh di merata Gaza. (Gambar: ANTARA)
JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia (Kemlu) kecam keputusan sepihak Israel untuk menguasai Carikan Gaza, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran berat undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tindakan Israel juga akan menjejas prospek keamanan di Timur Tengah serta krisis kemanusiaan di Gaza, tulis Kementerian Luar Negeri di laman media sosialnya pada Sabtu (9 Ogos).
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan petempatan Israel di wilayah Palestin adalah haram dan Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah tersebut. Oleh yang demikian, sebarang tindakan yang diambil oleh Israel tidak boleh mengubah status undang-undang wilayah Palestin, tegas kementerian itu.
Indonesia juga menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah-langkah tegas untuk menghentikan tindakan haram Israel, tambah Kementerian Luar Indonesia.
Kementerian Luar itu turut menyatakan bahawa Indonesia kekal konsisten memberikan sokongan penuh kepada negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, selaras dengan Huraian Dua Negara, yang mesti direalisasikan secara kolektif melalui tiga langkah utama.
Langkah pertama ialah pengiktirafan negara Palestin oleh semua negara; yang kedua adalah menguatkuasakan perintah memberhentikan keganasan dan gencatan senjata; dan yang ketiga adalah memastikan masa depan Palestin diputuskan oleh rakyatnya sendiri.
Awal dari itu, akhbar Jerusalem Post melaporkan bahawa satu mesyuarat kabinet mungkin meluluskan keputusan untuk menguasai semula Gaza, sedang rundingan dengan kumpulan Palestin, Hamas, menemui jalan buntu.
Rancangan itu disokong oleh pemimpin Israel Benjamin Netanyahu dan akan melibatkan pengerahan lima divisyen tentera IDF.
Operasi tentera itu dijangka berlangsung selama lima bulan dan melibatkan pengusiran kira-kira satu juta rakyat Palestin dari Bandar Gaza.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.