Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia kesan 7 kes subvarian Arcturus setakat ini

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia mengesan lima kes baru subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat Isnin (18 Apr).

“Dua kes dilaporkan dari Surabaya dan tiga kes di Jakarta,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Mohammad Syahril, sambil menambah bahawa semua pesakit mengalami gejala ringan dan sudah pulih.

Gejala itu termasuk batuk, selesema, demam dan sakit tekak, tetapi beberapa negara melaporkan simptom biasa seperti mata kemerahan atau konjunktivitis dan kotoran.

Dua jenis COVID-19 baru, juga dikenali sebagai XBB.1.16, kali pertama dikesan di Indonesia awal bulan ini berdasarkan penjujukan genom yang dijalankan pada penghujung Mac.

Pada masa ini, kementerian itu sedang mengkaji sama ada XBB.1.16 mencetuskan jangkitan baru di Indonesia, yang merekodkan 725 kes pada Isnin berbanding 494 kes pada Isnin minggu lalu.

Pada 22 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan Arcturus sebagai varian baru yang perlu dipantau.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan