Indonesia kesan 3 lagi kes Omicron

Pesawat Garuda Indonesia pada 15 November 2019. (Gambar: Pascal Pavani/AFP)
JAKARTA: Tiga lagi kes varian Omicron dikesan di Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan setakat ini sebanyak lapan.
Tiga kes baru itu melibatkan pekerja asing Indonesia yang pulang dari Malaysia dan Republik Demokratik Congo.
"Individu yang diuji positif semuanya diasingkan di Hospital Wisma Atlet Kemayoran di Jakarta," menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.
Setakat ini, semua kes import Omicron dikesan semasa menjalani kuarantin 10 hari dan masih belum ada penularan dalam masyarakat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.