Indonesia kerah lebih 20,000 askar ke Jakarta di tengah siasatan kes penyadapan
Pasukan tentera Indonesia menghalang para pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan dalam satu perhimpunan di Jakarta, Indonesia pada 12 Jun 2026. (Gambar Arkib: AP/Tatan Syuflana)
- The Indonesian army deployed up to 20,980 personnel to Jakarta from Monday, including personnel from Java and Lampung, citing standard procedures to safeguard national security and territorial sovereignty.
- Authorities have not confirmed whether the deployment is linked to an investigation into wiretapping believed to have targeted President Prabowo, Cabinet officials, politicians, journalists, and public and business figures.
- The case involves allegations of unauthorised communications interception from 2025 to 2026 and the deletion of electronic evidence. The President has expressed concern, while the act could be considered treason.
- By presidential decree, Listyo Sigit Prabowo was dismissed as Chief of Staff to the President on Wednesday, and Ariyo Windutomo was appointed on an interim basis to ensure the office’s duties continue.
- Tentera Indonesia mengerahkan sehingga 20,980 anggota ke Jakarta bermula Isnin, termasuk anggota dari Jawa dan Lampung, atas alasan prosedur standard menjaga keselamatan negara dan kedaulatan wilayah.
- Pihak berkuasa belum mengesahkan kaitan pengerahan dengan siasatan penyadapan yang dipercayai menyasarkan Presiden Prabowo, pegawai Kabinet, ahli politik, wartawan serta tokoh awam dan perniagaan.
- Kes itu melibatkan dakwaan pemintasan komunikasi tanpa izin sejak 2025 hingga 2026 dan pemadaman bukti elektronik; Presiden menyatakan kebimbangan, sementara perbuatan itu mungkin dianggap pengkhianatan.
- Melalui dekri presiden, Listyo Sigit Prabowo dipecat sebagai Ketua Turus Presiden pada Rabu dan Ariyo Windutomo dilantik sementara bagi memastikan tugas pejabat itu berterusan.
JAKARTA: Tentera Indonesia mengerahkan lebih 20,000 anggota ke Jakarta, menurut para pegawai pada Rabu (4 Nov), sedang pihak berkuasa menyiasat dakwaan berlaku operasi penyadapan yang menyasarkan Presiden Prabowo Subianto yang membawa kepada penahanan dua pegawai kanan polis dan seorang mantan Ketua Polis Negara.
Antara yang terbabit dalam skandal ini ialah mantan Ketua Polis Negara, Listyo Sigit Prabowo, yang dipecat daripada jawatan Ketua Turus Presiden pada Rabu, sekitar sebulan selepas pelantikannya.
Leftenan Ariyo Windutomo, yang mengetuai Sekretariat Presiden, telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Turus Presiden menyusuli pemecatan Listyo.
Pihak berkuasa bagaimanapun belum mengesahkan sama ada pengerahan tentera di Jakarta ada kaitan dengan siasatan kes penyadapan tersebut.
Jurucakap Tentera Nasional Indonesia, Muhammad Nas, berkata bahawa pengerahan anggota tentera adalah satu prosedur standard bagi menjaga keselamatan negara dan kedaulatan wilayah.
Sementara itu, Penolong Operasi Tentera Laut, Yayan Sofiyan, tidak memberikan perincian lanjut mengenai matlamat di sebalik pengerahan tersebut, dan tidak menjawab pertanyaan sama ada terdapat kebimbangan mengenai keselamatan atau ketegangan politik di Jakarta menyusuli siasatan kes penyadapan dan penahanan tersebut.
Fasa pertama pengerahan tentera ini bermula pada Isnin, melibatkan 2,100 anggota daripada unit-unit yang memang sudah ditempatkan di Jakarta.
Para askar dari luar ibu kota pula dijadual mula tiba pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan anggota yang terlibat seramai 20,980 orang, menurut Yayan.
Pengerahan askar ini merangkumi para anggota daripada unit marin dan tentera laut, serta dari pusat latihan dan pangkalan tentera laut di Jawa dan wilayah Lampung. Encik Sofiyan berkata, seramai 13,140 anggota tambahan telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga untuk dikerahkan sekiranya diperlukan.
SIASATAN KES PENYADAPAN
Operasi penyadapan itu dipercayai bukan sahaja menyasarkan Presiden Prabowo, malah turut melibatkan pegawai Kabinet, ahli politik, wartawan, pemimpin masyarakat sivil, dan eksekutif perniagaan.
Menurut jurucakap presiden, Prasetyo Hadi, pemecatan Listyo dan pelantikan Ariyo sebagai Pemangku Ketua Turus Presiden telah dibuat melalui dekri presiden yang dikeluarkan oleh Encik Prabowo.
Encik Prasetyo turut mendedahkan bahawa Encik Ariyo, yang kini menerajui Sekretariat Presiden, akan memegang jawatan pemangku itu buat sementara waktu bagi memastikan kelangsungan tugas.
Laporan media tempatan, Kompas, menyatakan bahawa Encik Ariyo pernah menyandang pelbagai jawatan strategik dalam tentera dan Kementerian Pertahanan, termasuk sebagai ketua kakitangan kementerian tersebut.
Pihak berkuasa pada Selasa memaklumkan bahawa operasi penyadapan itu melibatkan pemadaman bukti elektronik serta akses tanpa kebenaran terhadap komunikasi ketua negara dan beberapa pemimpin serta tokoh awam yang lain.
Suspek dipercayai telah memintas komunikasi nombor telefon sasaran mereka tanpa kebenaran sejak 2025, dengan operasi tersebut dipercayai diteruskan hingga 2026 — termasuk sepanjang tempoh Encik Listyo berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara.
“Tindakan yang dilakukan itu mungkin termasuk dalam kategori perbuatan yang boleh dianggap sebagai menjurus kepada pengkhianatan,” ujar Prasetyo, yang juga jurucakap presiden, kepada para wartawan pada Rabu.
Beliau menambah bahawa Presiden Prabowo telah menyatakan “kebimbangan yang amat mendalam” berhubung perkembangan tersebut.
Di bawah kanun jenayah Indonesia, hukuman maksimum bagi kesalahan mengkhianati presiden ialah hukuman mati melalui skuad penembak.
Encik Listyo dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Polis Negara oleh Presiden Prabowo pada 1 Oktober semasa Kabinet dirombak yang melibatkan beberapa menteri dan pegawai kanan pemerintah.
Menurut laporan Jakarta Post, Encik Listyo memegang jawatan tersebut selama lebih lima tahun sejak era pentadbiran mantan Presiden Joko Widodo, menjadikannya Ketua Polis Negara kedua paling lama berkhidmat.
Encik Listyo kemudian dilantik sebagai Ketua Turus Presiden, menggantikan Encik Dudung Abdurachman yang telah dilantik sebagai Menteri Koordinator Bidang Politik dan Keamanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.