Skip to main content

Dunia

Indonesia keluarkan amaran berjaga-jaga tahap tertinggi susuli letusan Gunung Merapi

Indonesia mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap tertinggi setelah Gunung Merapi meletus dua kali pada Ahad (21 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia keluarkan amaran berjaga-jaga tahap tertinggi susuli letusan Gunung Merapi

Gunung Merapi di Indonesia adalah antara gunung berapi paling aktif di dunia (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Jun 2020 06:34PM Dikemas Kini : 22 Jun 2020 06:36PM

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap tertinggi setelah Gunung Merapi meletus dua kali pada Ahad (21 Jun).

Gunung itu memuntahkan debu serta asap tebal setinggi 6 kilometer ke udara, menyelubungi beberapa buah kampung di Pulau Jawa.

Mujur tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada para penduduk yang tinggal berdekatan gunung Merapi agar menjauhinya dan berada sekurang-kurangnya tiga kilometer dari kawah gunung tersebut.

Tahap kewaspadaan dikekalkan bagi gunung Merapi, sejak ia mula meletus Ogos lalu.

Sumber : Agensi berita/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita