Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al Aqsa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)
Kementerian Luar Indonesia mengecam pencerobohan menteri Israel ke kompleks Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan provokasi'.
Menurut kementerian tersebut, tindakan sedemikian boleh meningkatkan lagi ketegangan dan mencetuskan kitaran keganasan baru di Palestin.
“Indonesia menggesa Israel supaya menghormati status quo yang dipersetujui bersama dan mengelak daripada perbuatan dan provokasi yang mencemarkan kesucian tapak suci di Baitulmakdis itu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian itu.
Kementerian itu juga menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), supaya mendesak Israel menghentikan semua tindakan yang memberi kesan kepada kestabilan dan keselamatan di rantau itu.
“Indonesia sekali lagi menekankan pentingnya proses damai Palestin-Israel berdasarkan penyelesaian dua negara selaras dengan keputusan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa,” menurut kenyataan itu lagi.
Laporan itu menyebut Itamar Ben-Gvir melawat pekarangan Masjid Al-Aqsa yang dikawal oleh polis Israel pada Selasa, kunjungan pertama ke tapak suci tersebut sejak memegang jawatan sebagai menteri keselamatan negara pada minggu lalu.

Sumber : Bernama/AW/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.