Indonesia karamkan 13 bot Vietnam bagi mencegah penangkapan ikan secara haram
Sebanyak 13 kapal Vietnam dikaramkan di perairan dekat Kalimantan semalam (4 Mei).
PONTIANAK, INDONESIA: Sebanyak 13 kapal Vietnam dikaramkan di perairan dekat Kalimantan semalam (4 Mei).
Ini merupakan antara 51 kapal yang dirampas dari para nelayan Vietnam, Malaysia dan China di pelbagai kawasan perairan Indonesia.
Baki kapal-kapal nelayan asing itu bakal dikaramkan Indonesia dalam tempoh dua minggu akan datang.
Menurut Menteri Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti, tindakan tersebut perlu bagi memberi amaran kepada negara-negara jiran bahawa Indonesia serius tentang perbuatan menangkap ikan secara haram.
Cik Susi mendakwa Indonesia mengalami kerugian ekonomi akibat kebebasan kapal-kapal asing menangkap ikan di lautan Indonesia.
Sejak 2014, 503 kapal nelayan asing dikaramkan Indonesia dengan lebih separuh adalah dari Vietnam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.