Skip to main content

Dunia

Indonesia hentikan sementara agihan vaksin AstraZeneca

Indonesia menghentikan sementara penggunaan dan agihan satu bekalan vaksin AstraZeneca menyusuli laporan mengenai kesan memudaratkan selepas menerima suntikan vaksin tersebut, menurut kementarian kesihatan Indonesia hari ini (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia hentikan sementara agihan vaksin AstraZeneca

Gambar: Nyimas Laula/ REUTERS

Diterbitkan : 16 May 2021 04:34PM Dikemas Kini : 16 May 2021 04:54PM

JAKARTA: Indonesia menghentikan sementara penggunaan dan agihan satu bekalan vaksin AstraZeneca menyusuli laporan mengenai kesan memudaratkan selepas menerima suntikan vaksin tersebut, menurut kementarian kesihatan Indonesia hari ini (16 Mei).

Ujian kawalan mutu vaksin dan keracunan akan dilakukan ke atas
bekalan sebagai langkah berjaga-jaga.

Ia melibatkan 448,480 dos vaksin yang tiba di negara itu bulan lalu sebagai sebahagian daripada lebih 3.85 juta dos vaksin yang diterima Indonesia.

Beberapa dos vaksin sudahpun diedarkan di sebahagian kawasan ibu kota Jakarta dan wilayah Sulawesi Utarat, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata bulan lalu bahawa penghantaran sekitar 100 juta vaksin AstraZeneca tertunda.

Beliau memberitahu satu sesi parlimen bahawa Indonesia akan menerima 20 juta dos vaksin AstraZeneca menerusi satu perjanjian dua hala pada 2021, berbanding 50 juta dos yang dipersetujui sebelum ini.

Penghantaran baki 30 juta dos dijadualkan pada suku kedua 2022, kata beliau.

Indonesia juga dijangka menerima 54 juta dos vaksin AstraZeneca secara beransur-ansur melalui perikatan global, COVAX. Namun Encik Budi berkata sekatan eksport India akan melambatkan lagi penghantaran pada April lalu.  

Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita