Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia henti penghantaran olein sawit

Indonesia akan menghentikan penghantaran olein sawit (RBD) bertapis, diluntur dan dinyahbau berkuat kuasa 28 April 2022, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Indonesia akan menghentikan penghantaran olein sawit (RBD) bertapis, diluntur dan dinyahbau berkuat kuasa 28 April 2022, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pemerintah akan mengkaji semula dasar itu secara berkala dan ia akan kekal sehingga harga minyak masak domestik turun kepada 14,000 rupiah (S$1.30) seliter.

Negara itu akan mengenakan dasar larangan eksport ke atas semua pengeluar olein sawit RBD dan digunakan pada produk di bawah kod sistem seragam 15119036, 15119037 dan 15119039.

Data Pusat Maklumat Harga Makanan Strategik Nasional Indonesia pada Selasa (26 Apr) menunjukkan harga minyak masak pukal adalah 19,450 rupiah (S$1.80) seliter, jatuh 1.52 peratus atau 300 rupiah berbanding Isnin.

Awal dari itu, Kementerian Pertanian republik itu dalam surat pekelilingnya kepada gabenor menyatakan penghantaran minyak sawit mentah (MSM) akan dikecualikan daripada rancangan larangan eksport minyak sawit.

Presiden Joko Widodo pada Jumaat lalu mengumumkan larangan eksport minyak sawit mulai 28 April 2022 sehingga diberitahu kelak. Langkah itu bagi memastikan keperluan domestik dipenuhi di tengah-tengah kenaikan harga.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan