Indonesia hasilkan serum kawal demam babi Afrika
Pegawai Indonesia mengambil sampel darah daripada babi di sebuah ladang di Pulau Bulan. (Gambar ihsan Pejabat Kuarantin Agrikultur Tanjung Pinang)
Ini selepas ia mengawal penularan penyakit tersebut di ladang terbesar babi di negara itu.
Ladang tersebut, yang terletak di Pulau Bulan seluas 1,500 hektar di Kepulauan Riau, berupaya mengeksport sekitar 240,000 babi setahun ke Singapura, menurut data daripada Agensi Agrikultur Kepulauan Riau.
Eksport dari pulau tersebut menyumbang kepada sekitar 15 peratus bekalan keseluruhan bari Singapura.
Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada 20 April bahawa bangkai babi dari ladang tersebut didapati dijangkiti oleh demam babi Afrika, menyebabkan Singapura menghentikan eksport babi hidup dari Pulau Bintan.
BACA:
"Keadaannya sekarang terkawal. Tiada lagi kematian. Hanya yang selamat," beliau memberitahu Mediacorp pada Rabu (17 Mei)
Demam babi Afrika bagaimanapun tidak menjangkiti manusia. Sekalipun demikian, ia sangat mudah berjangkit dalam kalangan babi hutan dan babi dan kadar kematian disebabkan jangkitan itu adalah tinggi.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa virus itu boleh hidup dalam babi bagi tempoh yang lama selepas ia disembelih.
Buat masa ini tiada vaksin bagi penyakit tersebut.
Dr Honismandri berkata daripada lebih 200,000 babi yang berada di Pulau Bintan, 35,000 mati disebabkan penyakit itu.
Para pekerja menakai 119,000 babi yang berkongsi ruang yang sama dengan babi yang bergejala.
Daripada baki 50,000 babi, dua pertiga menunjukkan tanda-tanda dijangkiti virus itu namun sudah pulih.
Menurut Dr Honismandri, para pegawai sedang mencuba menghasilkan serum pemulihan daripada darah babi yang selamat.
Serum itu adalah serum darah yang mengandungi antibodi yang boleh memberikan daya tahan jangka pendek terhadap jangkitan tersebut.
Serum itu sedang dihasilkan di sebuah kemudahan pemerintah di Surabaya, iaitu bandar kedua terbesar di Indonesia dan ibu kota wilayah Jawa Timur.
"Ini langkah penting untuk mencegah dan membendung penularan demam babi Afrika kerana buat masa ini tiada vaksin," kata Dr Honismandri.
Beliau menambah bahawa kemudahan yang sama sudahpun menghasilkan serum-serum daripada babi yang dijangkiti di bahagian-bahagian lain Indonesia. Sungguhpun demikian, virus yang menjangkiti babi-babi di Pulau Bulan nampaknya mempunyai jenis genetik khusus yang tidak dijumpai dalam kes-kes demam babi Afrika sebelum ini di negara itu.
Menghasilkan serum daripada darah babi yang selamat di Pulau Bulan akan memastikan keberkesanan serum tersebut dalam memerangi varian khusus demam babi Afrika ini, ujar Dr Honismandri.
"Ia akan mengambil masa dua hingga tiga bulan sehingga produk itu siap. Itu anggarannya. Selepas itu kita boleh mula memvaksin (babi)," kata beliau.
"Kami juga sedang meneroka vaksin-vaksin berpotensi. Sesetengah negara sedang menghasilkan vaksin berpotensi bagi demam babi Afrika. Jika satu daripadanya terbukti berkesan kami akan berusaha untuk mendapatkannya untuk digunakan di Pulau Bulan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.