Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia haramkan bahan sirap batuk berkait kematian kanak-kanak di Gambia

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia haramkan bahan sirap batuk berkait kematian kanak-kanak di Gambia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti empat produk buatan Maiden Pharmaceuticals Ltd, sebuah syarikat berpangkalan di ibu kota India, New Delhi, berkaitan dengan kematian kanak-kanak disebabkan kecederaan buah pinggang akut di Afrika Barat (Gambar: Milan Berckmans/AFP)

JAKARTA: Indonesia pada Sabtu (15 Okt) mengharamkan bahan-bahan yang terkandung dalam ubat batuk yang dikaitkan dengan kematian 70 kanak-kanak di Gambia sedang ia menjalankan siasatan kes kecederaan buah pinggang akut yang sudah mengakibatkan kematian lebih 20 kanak-kanak di ibu kota Jakarta tahun ini.

Pengawal selia ubat-ubatan Indonesia (BPOM) menyatakan bahawa ia sedang melakukan sisatan ke atas kemungkinan bahan-bahan dietilena glikol dan etilena glikol mencemari bahan-bahan lain yang digunakan sebagai pelarut.
 
Sementara itu, Gambia dan India sedang menyiasat kematian disebabkan kecederaan buah pinggang akut di Afrika Barat, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sirap batuk buatan Maiden Pharmaceuticals Ltd, sebuah syarikat berpangkalan di ibu kota India, New Delhi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) malah, mendapati tahap dietilena glikol dan etilena glikol yang "tidak boleh diterima", yang boleh menjadi toksik, dalam empat produk buatan Maiden.

"Sebagai langkah perlindungan bagi orang ramai, BPOM sudahpun meletakkan piawaian semasa mendaftar bagi kesemua produk perubatan sirap bagi kanak-kanak dan dewasa, untuk tidak dibenarkan menggunakan dietilena glikol (DEG) dan etilena glikol (EG)," menurut pengawal selia dalam satu kenyataan.

BPOM menekankan lagi bahawa empat produk tersebut yang mempunyai kaitan dengan kematian di Gambia serta produk lain buatan Maiden, tidak didaftar di Indonesia.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan