Skip to main content

Dunia

Indonesia gesa RCEP segera dilaksana meski timbul keprihatinan

Indonesia mahu Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) segera dilaksanakan kerana negara itu akan meraih banyak manfaat.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia gesa RCEP segera dilaksana meski timbul keprihatinan

Orang ramai di luar sebuah pusat beli-belah di Jakarta, Indonesia pada 16 Sep 2021. (Gambar: REUTERS/Willy Kurniawan)

BOGOR: Indonesia mahu Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) segera dilaksanakan kerana negara itu akan meraih banyak manfaat.

Antara lain, syarikat-syarikat Indonesia boleh menembusi lebih banyak pasaran luar negara dan menarik pelaburan asing.

Namun di satu pihak yang lain, masih terdapat kebimbangan untuk membuka pasaran Indonesia kepada persaingan dari luar.

Salah satu syarikat yang mengharapkan agar RCEP dilaksanakan dengan segera adalah kilang kasut di Bogor, Jawa Barat, yang menghasilkan jenama Gino Mariani.

Kasut-kasut jenama tersebut direka dan dihasilkan sepenuhnya di Indonesia sekali gus melahirkan rasa bangga terhadap mutu kasut-kasut yang dihasilkan.

RANCANG JANGKAUI PASARAN ASEAN

Kawalan mutu adalah komponen penting dalam proses pengeluaran kilang sepatu itu.

Di bahagian kawalan mutu kilang itu, para pekerja memeriksa setiap sepatu dengan mata kasar mereka sebelum dimasukkan ke dalam kotak.

Kasut-kasut Gino Mariani sudah bertapak dalam pasaran Indonesia selama lebih 20 tahun dan kini merancang untuk menebarkan sayapnya ke luar negara menerusi perjanjian RCEP.

Produk buatan tangannya dianggap sebagai antara yang terbaik di Indonesia.

Pengurus Besar Sepatu Mas Indonesia Denny Budianto berkata: "Pada lima hingga 10 tahun terakhir ini, kami sudah masuk senarai tiga utama di negara ini dan itu yang memberikan kami satu keyakinan bahawa pasaran tempatan sudah diterima dengan baik dari segi kualiti dan pelayanan.

"Kami sudah tiba pada waktunya untuk dapat meneroka ke negara ASEAN dan yang lainnya. Tinggal modifikasi sedikit, pasarannya memerlukan apa, mungkin tidak boleh 100 peratus sama. Kami tetap perlu modifikasi 20 hingga 30 peratus, menyesuaikan dengan pasaran negara yang dituju."

CABARAN DARI EKONOMI BESAR DUNIA

Walaupun RCEP membuka luas peluang untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara, sesetengah pihak di Indonesia khuatir tentang ancaman yang ditimbulkan perjanjian itu terhadap perusahaan tempatan.

Industri-industri giat buruh Indonesia bimbang tentang persaingan sengit terutama sekali dari ekonomi-ekonomi lebih besar seperti China.

Persaingan dalam pasaran tempatan juga dijangka meningkat kerana lebih banyak produk keluaran asing akan memasuki pasaran Indonesia.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita