Indonesia gesa perpaduan sedang menteri luar ASEAN bincang isu Myanmar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ajeng Dinar Ulfian)
JAKARTA: Pengerusi ASEAN, Indonesia, pada Selasa (11 Jul) menekankan pentingnya perpaduan blok serantau itu untuk kekal dipercayai.
Ini sedang para menteri luarnya memulakan rundingan yang dijangka menyentuh tentang isu-isu kontroversial berkait usaha mendampingi para jeneral yang memerintah Myanmar, yang dipinggirkan.
Mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta berlangsung sedang keraguan terhadap keberkesanan ASEAN semakin meningkat, dengan beberapa perselisihan tentang bagaimana untuk menangani konflik berdarah di Myanmar dan kegagalan junta untuk menguatkuasakan pelan perdamaian ASEAN yang dipersetujui.
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi tidak membuat sebarang rujukan langsung kepada Myanmar dalam ucapan pembukaannya di mesyuarat itu pada Selasa. Namun, beliau berkata ASEAN "hanya berkesan jika ia dipercayai".
"Oleh itu, kita tiada pilihan selain menunjukkan bahawa ASEAN boleh mengemudi dinamik serantau dan global serta terus menekankan paradigma kerjasama," katanya.
USAHA PERDAMAIAN INDONESIA
Myanmar dicengkam pertempuran sejak tentera merampas kuasa pada awal 2021, sebelum mengambil tindakan keras terhadap penentang prodemokrasi.
Ia menyebabkan penubuhan gerakan penentang bersenjata dan konflik yang semakin tegang.
ASEAN sudah menghalang junta daripada mesyuarat peringkat tingginya kerana ia tidak menghormati komitmennya kepada "Konsensus Lima Perkara" yang dipersetujui dua tahun lalu. Ini termasuk mengakhiri keganasan tersebut.
Indonesia sudah berusaha untuk memulakan proses perdamaian di sebalik tabir dengan melibatkan pihak berkepentingan utama. Namun, usaha tersebut dihambat bulan lalu apabila Thailand mengadakan mesyuaratnya yang tersendiri untuk membincangkan usaha menjalin hubungan bersama para jeneral Myanmar.
Langkah itu dikecam kerana ia menjejas usaha Jakarta.
Cik Retno berkata pada minggu lalu bahawa "pendekatan satu pihak meraih keuntungan manakala satu lagi pihak mengalami kerugian" bermakna perdamaian yang berkekalan "tidak akan dicapai".
Kumpulan hak asasi manusia dan segelintir pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh tentera Myanmar melakukan kekejaman yang meluas ke atas rakyatnya.
Namun, pihak tentera menyatakan mereka sedang menentang "pengganas".
Mesyuarat pada Selasa akan berlangsung sebelum Sidang Puncak Asia Tenggara dan Forum Serantau ASEAN lewat minggu ini.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov juga dijadual hadir.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.