Indonesia gesa OIC tutup jurang pembangunan negara anggota
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)
GAMBIA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) harus bekerjasama untuk menutupi jurang pembangunan negara-negara anggotanya, kata Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
"Segelintir negara anggota berdepan kemiskinan, di mana 21 daripada 46 negara kurang maju adalah negara anggota OIC," katanya dalam transkrip ucapannya di Sidang Puncak OIC ke-15 di Gambia pada Sabtu (4 Mei).
Cik Retno menekankan kepentingan penglibatan sektor privet yang lebih mendalam pada OIC dan mencadangkan lebih banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan dilaksanakan untuk mencapai sasaran tersebut.
Beliau juga menekankan kepentingan memperkasakan wanita dan menyediakan akses lebih luas kepada pendidikan bermutu tinggi, demi merealisasikan pembangunan inklusif di negara anggota OIC.
Cik Retno berkata isu berkaitan wanita harus dijadikan salah satu keutamaan pertubuhan tersebut, termasuk menggalakkan hak pendidikan wanita di Afghanistan.
"Wanita di Afghanistan dan negara lain berhak untuk mendapatkan hak yang sama, dan isu wanita harus dibiasakan dalam dasar dan kegiatan OIC," tekan Cik Retno dalam ucapannya.
Dalam usaha untuk menyokong pembangunan inklusif di Afghanistan, Indonesia menawarkan biasiswa kepada wanita di negara tersebut, dan berkongsi amalan terbaik terhadap kurikulum madrasah bersama Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA).
Indonesia juga akan menghantar 10 juta dos vaksin polio bagi kanak-kanak Afghanistan, tambah Cik Retno.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.