Skip to main content

Dunia

Indonesia gantung pencarian dalam bangkai feri Virgo Transport 8 bawah air

Indonesia menggantung operasi pencarian di bawah air di dalam bangkai feri Virgo Transport 8 sehingga usaha menimbulkan dan menstabilkan kapal berkenaan selesai, dengan 55 orang masih dilaporkan hilang pada hari ke-21 operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Sabtu (3 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia gantung pencarian dalam bangkai feri Virgo Transport 8 bawah air

Indonesia menggantung operasi pencarian di bawah air di dalam bangkai feri Virgo Transport 8 sehingga usaha menimbulkan dan menstabilkan kapal berkenaan selesai. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 04 Oct 2026 07:13AM
Indonesia suspends search inside the underwater wreck of ferry Virgo Transport 8
  • Basarnas temporarily suspended the underwater search inside the wreck of the ferry Virgo Transport 8 on Saturday, Oct 3, the 21st day of the search and rescue operation.
  • Mohammad Syafii said the risks had increased because the ship's structure was unstable, there was debris, visibility was poor, there were sharp objects, oil, and possible chemical contamination.
  • The ferry, which was carrying 243 people, capsized in the Java Sea on Sep 13 while sailing from Surabaya to Banjarmasin, before sinking completely.
  • As of Saturday, 108 people had survived, 80 bodies had been found and 55 were still missing, while the search continued on the surface and along the Kalimantan coast.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Indonesia menggantung operasi pencarian di bawah air di dalam bangkai feri Virgo Transport 8 sehingga usaha menimbulkan dan menstabilkan kapal berkenaan selesai, dengan 55 orang masih dilaporkan hilang pada hari ke-21 operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Sabtu (3 Okt).

Ketua Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas), Mohammad Syafii berkata, penyelam sudah menembusi kira-kira 10 hingga 15 meter ke dalam kapal berkenaan, namun pergerakan seterusnya terhalang oleh runtuhan dan bahan di dalamnya, manakala strukturnya yang tidak stabil serta keadaan kapal yang terus tenggelam meningkatkan risiko kepada anggota SAR.

Beliau berkata, beberapa tingkap sudah dibuka bagi membolehkan penyelam memasuki kapal, tetapi tiada mangsa ditemukan menerusi laluan berkenaan sejak hari ke-19, manakala jarak penglihatan yang sangat terhad akibat mendapan dan runtuhan, objek tajam, tumpahan minyak serta kemungkinan pencemaran bahan kimia menimbulkan risiko tambahan.

"Semakin jauh operasi penyelaman dilakukan ke dalam kapal, semakin kompleks risikonya. Pada titik ini, perlu ada keseimbangan antara strategi pencarian dan keselamatan anggota," kata beliau pada sidang media yang disiarkan secara langsung pada Sabtu.

Feri Virgo Transport 8 yang membawa 243 orang terbalik di Laut Jawa pada 13 September selepas terputus hubungan semasa dalam pelayaran dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan, sebelum tenggelam sepenuhnya.

Encik Syafii berkata, 188 orang sudah dipindahkan setakat Sabtu, merangkumi 108 mangsa yang selamat dan 80 mayat yang dikeluarkan, dengan baki 55 orang masih hilang.

Penyelam sudah membawa keluar 50 mayat sepanjang operasi pencarian di bawah air.

Beliau berkata, pencarian di dalam kapal boleh disambung semula sebaik sahaja ia ditimbulkan dan distabilkan, manakala operasi SAR akan diteruskan sepanjang proses penimbulan menerusi pencarian di permukaan air dan pesisir pantai di seluruh Kalimantan Selatan, Tengah dan Barat.

"Tumpuan operasi bukan lagi pada berapa banyak aset yang digerakkan, tetapi bagaimana kita boleh menilai pencarian 55 orang ini," kata Encik Syafii sambil menambah bahawa kawasan pencarian akan disesuaikan berdasarkan kemungkinan arah hanyutan, arus, angin, ombak dan perkembangan di lapangan.

Beliau berkata, lebih 1,200 anggota terlibat dalam operasi tersebut, disokong tujuh pesawat, 24 kapal besar dan 63 anggota dengan kepakaran khas SAR di dalam air.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita