Skip to main content

Dunia

Indonesia gantung lesen TikTok kerana gagal patuh peraturan data

Indonesia pada Jumaat (3 Okt) membekukan lesen operasi TikTok berhubung ketidakpatuhan syarikat itu terhadap keperluan peraturan negara kerana gagal memberikan data lengkap mengenai aktiviti penstriman langsung semasa tunjuk perasaan baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia gantung lesen TikTok kerana gagal patuh peraturan data

Ilustrasi yang menunjukkan logo TikTok. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 04 Oct 2025 09:04AM
ISTANBUL: Indonesia pada Jumaat (3 Okt) membekukan lesen operasi TikTok berhubung ketidakpatuhan syarikat itu terhadap keperluan peraturan negara kerana gagal memberikan data lengkap mengenai aktiviti penstriman langsung semasa tunjuk perasaan baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi.

“Tindakan ini mencerminkan ketegasan pemerintah terhadap keputusan TikTok yang hanya menyerahkan data tidak lengkap mengenai aktiviti TikTok Live ketika rusuhan antara 25 hingga 30 Ogos 2025,” kata Ketua Pengarah Pemantauan Ruang Digital Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Alexander Sabar seperti dipetik agensi berita Antara.

TikTok sebelum ini menggantung fungsi penstriman langsungnya sepanjang tempoh tunjuk perasaan pada Ogos lalu sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan.

Menurut Encik Sabar, keputusan menggantung lesen itu dibuat selepas syarikat berkenaan enggan mendedahkan data berkaitan maklumat trafik serta pengewangan aktiviti penstriman langsung, di tengah-tengah dakwaan kandungan perjudian online yang semakin meningkat di platform itu.

“Kami telah memanggil TikTok untuk penjelasan langsung pada 16 September dan menggesa mereka menyerahkan data lengkap selewat-lewatnya 23 September. 

"Namun, TikTok enggan berbuat demikian dengan alasan dasar serta prosedur dalaman penggunaan data,” kata beliau.

Encik Sabar menjelaskan, permintaan pemerintah adalah berdasarkan peraturan yang mewajibkan platform memberi akses kepada pihak berkuasa terhadap sistem dan data bagi tujuan pemantauan.

Jakarta sebelum ini turut mengenakan denda hampir AS$900,000 (S$1,159,560) ke atas TikTok bulan lalu kerana kelewatan melaporkan pengambilalihan pasaran online Tokopedia.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita