Skip to main content

Dunia

Indonesia digesa tutup pasar haiwan hidup

Para aktivis hak asasi haiwan mendesak pihak berkuasa Indonesia agar menutup pasar-pasar haiwan hidup di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Jan 2018 08:17PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 10:30PM

SINGAPURA: Para aktivis hak asasi haiwan mendesak pihak berkuasa Indonesia agar menutup pasar-pasar haiwan hidup di negara itu.

Bantahan tercetus selepas rakaman anjing-anjing disembelih secara kejam dan dibakar hidup-hidup di pasar, menjadi viral di internet.

Amaran, video berikut ini mungkin kurang sesuai bagi sesetengah penonton.

Video ini dirakam oleh aktivis dari kumpulan 'Dog Meat-Free Indonesia'.

Menurut mereka, ribuan anjing and kucing dibunuh secara kejam setiap minggu di pasar-pasar di bandar-bandar Tomohon dan Langowan yang terletak di Pulau Sulawesi.

Haiwan-haiwan yang cacat anggota termasuk monyet, kucing dan kelawar juga dijual.

Pasar-pasar itu masih menjadi destinasi pelancongan popular

dan para aktivis hak asasi haiwan menuntut agar perdagangan kejam itu dihentikan.

Penduduk majoriti Muslim Indonesia tidak makan kucing dan anjing tetapi perdagangan haiwan eksotik semakin berkembang dan menjadi sebahagian daripada diet tempatan. 

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita