Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia cegah kebakaran hutan gambut guna 'teknologi hujan buatan'

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Sebagai persiapan menghadapi musim kemarau akan datang, pihak berkuasa Indonesia menggunakan "teknologi modifikasi cuaca" untuk menghasilkan hujan buatan untuk membantu mencegah kebakaran tanah gambut.

Menurut agensi berita negara Indonesia, Antara, ketua Agensi Pemulihan Tanah Gambut dan Hutan Bakau (BRGM), Hartono berkata agensi itu akan bekerjasama dengan Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) untuk menambah simpanan air menggunakan hujan buatan.

"Di kawasan-kawasan yang terjejas, kami akan bekerjasama dengan BNPB untuk menggunakan teknologi mengubah suai cuaca sebagai usaha menambah simpanan air melalui hujan buatan," kata Encik Hartono seperti dipetik Antara pada Isnin (6 Feb).

Media tempatan Indonesia sebelum ini melaporkan bahawa teknologi mengubah suai cuaca, yang dikenali sebagai teknologi hujan buatan, menghasilkan hujan yang dapat membantu memadamkan api.

"Kami akan sentiasa memaklumkan kepada tujuh ketua wilayah yang terjejas dengan kebakaran tanah gambut, mengenai keadaan kelembapan dan kemarau di kawasan mereka," kata Encik Hartono seperti dipetik Antara.

Kebakaran hutan dilaporkan mungkin berlaku di wilayah Riau, Jambi, Sumatra Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Papua.

BMKG meramalkan curahan hujan pada tahun ini mengalami penurunan jika dibandingkan pada 2022 mahupun tiga tahun lalu manakala bencana kebakaran hutan dijangka meningkat tahun ini yang berpotensi sama seperti kejadian pada tahun 2019.

Menurut Encik Hartono, operasi mengubah cuaca sudah dilaksanakan setiap tahun sebagai langkah menangani bencana, seperti yang dilakukan pada 2021 di empat wilayah, iaitu Riau, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat dan Jambi.

Beliau berkata langkah itu berjaya menambah hujan sebanyak 2 peratus kepada 69 peratus berbanding hujan semula jadi.

BMKG meramalkan risiko kebakaran hutan meningkat apabila Indonesia memasuki musim kemarau bermula April hingga Mei tahun ini.
Sumber : Agensi berita/AE/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan