Indonesia catat rizab beras tertinggi dalam sejarah
Pengeluaran beras Indonesia mencatat peningkatan sebanyak 48 peratus dengan rizab beras pemerintah kini mencecah 4.2 juta tan, kata Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
Gambar hiasan beras. (Gambar: Unsplash)
“Pengeluaran makanan kita tidak pernah dalam sejarah mencapai rizab beras kerajaan melebihi 4.2 juta tan. Pengeluaran jagung juga meningkat sebanyak 30 peratus, dan kita akan terus mengukuhkan pencapaian ini,” katanya ketika berucap pada Kongres Parti Solidariti Indonesia pada Ahad (20 Jul).
Selain menekankan kepentingan pemantauan pengagihan makanan bagi mengelakkan penyelewengan oleh pihak tidak bertanggungjawab ketika lonjakan pengeluaran ini, beliau turut mengecam amalan manipulasi harga oleh segelintir peniaga yang menjual beras biasa dengan label premium bagi mengaut keuntungan berlebihan.
“Saya telah mengarahkan peguam negara dan polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku ini tanpa pengecualian,” kata Encik Prabowo sambil menambah bahawa amalan sedemikian boleh menyebabkan kerugian kepada negara sehingga 100 trilion rupiah (S$7.8 juta) setahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.