Indonesia buka visa pendidikan bukan formal kepada warga asing
Anggaran Waktu Membaca:
Jakarta pada 14 Mei, 2024. (Gambar fail: BAY ISMOYO / AFP)
- Pihak berkuasa imigresen Indonesia mengumumkan bahawa warga asing kini layak memohon visa tinggal terbatas (VITAS) untuk mengikuti pendidikan bukan formal di negara itu, lapor Agensi Berita ANTARA.
- Dasar baharu yang berkuat kuasa mulai 15 Julai itu bertujuan menyokong warga asing yang ingin mengikuti kursus bahasa, latihan vokasional atau profesional, serta program pendidikan bukan formal lain bagi meningkatkan kerjaya mereka.
- Pemerintah menetapkan bayaran visa E30 pada kadar Rp6 juta (S$473) bagi tempoh setahun dan Rp8.5 juta (S$671) bagi tempoh dua tahun.
- Encik Yusman turut memaklumkan bahawa Indonesia kini mempunyai 3,115 institusi pengajian tinggi, termasuk 125 universiti awam.
JAKARTA: Pihak berkuasa imigresen Indonesia mengumumkan bahawa warga asing kini layak memohon visa tinggal terbatas (VITAS) untuk mengikuti pendidikan bukan formal di negara itu, lapor Agensi Berita ANTARA.
Dalam kenyataannya pada Rabu, Pemangku Ketua Pengarah Imigresen Yuldi Yusman berkata visa kategori E30 - yang diperkenalkan khas untuk pendidikan bukan formal - boleh diluluskan bagi tempoh satu atau dua tahun.
Permohonan boleh dikemukakan secara online menerusi laman evisa.imigrasi.go.id.
āUntuk memohon, warga asing mesti mempunyai penjamin - sama ada individu atau institusi pendidikan bukan formal yang akan mereka sertai,ā jelas Encik Yusman.
Dasar baharu yang berkuat kuasa mulai 15 Julai itu bertujuan menyokong warga asing yang ingin mengikuti kursus bahasa, latihan vokasional atau profesional, serta program pendidikan bukan formal lain bagi meningkatkan kerjaya mereka.
Keperluan visa adalah hampir sama dengan kategori lain: pasport yang sah sekurang-kurangnya enam bulan, bukti kewangan mencukupi untuk menampung kos sara hidup di Indonesia (minimum AS$2,000 atau S$2,569), dan gambar berwarna terkini.
Pemerintah menetapkan bayaran visa E30 pada kadar Rp6 juta (S$473) bagi tempoh setahun dan Rp8.5 juta (S$671) bagi tempoh dua tahun.
Selain itu, pihak imigresen turut melanjutkan pilihan tempoh tinggal bagi visa pendidikan formal.
Visa pendidikan sekolah rendah dan menengah (E30A) serta visa pendidikan tinggi (E30B) kini merangkumi pilihan tempoh empat tahun.
āSebelum ini, tempoh tinggal untuk pendidikan formal hanya terhad kepada satu atau dua tahun,ā kata Encik Yusman.
Pemohon bagi visa E30A dan E30B boleh ditaja sama ada oleh individu atau institusi pendidikan yang diiktiraf.
Bayaran bagi visa pendidikan formal selama empat tahun ditetapkan pada kadar Rp12 juta (S$947). Bayaran untuk tempoh satu dan dua tahun kekal pada kadar Rp6 juta dan Rp8.5 juta.
Encik Yusman turut memaklumkan bahawa Indonesia kini mempunyai 3,115 institusi pengajian tinggi, termasuk 125 universiti awam.
Beliau optimis terhadap potensi Indonesia untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa.
Selain beberapa universiti disenaraikan antara 300 terbaik dunia, program dalam bidang pengajian budaya dan kemanusiaan terus menjadi pilihan dalam kalangan pelajar asing.
āKami berharap dasar ini membuka lebih banyak peluang kepada warga asing untuk melanjutkan pengajian, sama ada secara formal atau bukan formal, di Indonesia.
"Ia juga merupakan langkah strategik untuk meningkatkan daya saing global Indonesia melalui sektor pendidikan,ā katanya.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.