Skip to main content

Dunia

Indonesia bubarkan Jemaah Ansharut Daulah atas kaitannya dengan ISIS

Mahkamah di Indonesia membubarkan persatuan Jemaah Ansharut Daulah (JAD)

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jul 2018 05:19PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 09:30PM

JAKARTA: Sebuah mahkamah di Indonesia membubarkan persatuan Jemaah Ansharut Daulah (JAD).

Kumpulan itu dituduh menganjurkan pengganasan serta penglibatannya dengan ISIS.

Jemaah Ansharut Daulah didakwa terlibat dalam beberapa serangan ganas di Indonesia sejak dua tahun lalu.

Ini termasuk pengeboman nekad di Surabaya Mei lalu, yang meragut nyawa puluhan orang.

JAD juga dituduh mendalangi serangan nekad di cawangan Starbucks di Jakarta pada 2016 serta letupan kembar di stesen bas Jakarta timur tahun lalu.

Bulan lalu, pemimpin dan pengasas JAD, Aman Abdurrahman dijatuhi hukuman mati kerana menghasut serangan-serangan di Indonesia.

Amerika Syarikat adalah negara pertama yang mengharamkan JAD kerana kaitannya dengan kumpulan-kumpulan militan Iran dan Syria.

Keputusan Jakarta mengharamkan JAD dilihat sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan langkah keselamatan menjelang Sukan Asia bulan depan dan mesyuarat IMF pada Oktober akan datang.

Pengharaman tersebut sekali gus menghentikan sebarang pembiayaan bagi JAD dan merintis jalan bagi pembekuan aset kumpulan itu.

JAD merupakan kumpulan terbesar di Indonesia yang ada kaitan dengan ISIS.

Sumber : CNA/MM/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita