Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia bongkar sindiket pemerdagangan pelarian Rohingya di Aceh

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia bongkar sindiket pemerdagangan pelarian Rohingya di Aceh

(Gambar fail: CHAIDEER MAHYUDDIN / AFP)

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia berjaya menumpaskan rangkaian penyeludupan manusia yang terancang di selatan Aceh yang terlibat dalam pengangkutan haram pelarian Rohingya dan penduduk Aceh ke negara-negara jiran.

Polis Aceh mengesahkan bahawa tiga suspek dikenal pasti manakala lapan lagi kekal dalam senarai dikehendaki, dengan pihak berkuasa menggesa mereka untuk menyerah diri secara sukarela.

“Mereka berkongsi tanggungjawab, termasuk menguruskan kewangan, mengatur pengangkutan dan menghubungkan rangkaian mereka di seluruh Bangladesh, Aceh, Riau dan Malaysia,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Aceh, Pesuruhjaya Ade Harianto dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa suspek menjalankan kegiatan penyeludupan itu bagi tempoh yang lama dengan data biometrik daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terbukti penting untuk siasatan.

Polis akan terus memburu mereka yang terlibat dalam penyeludupan manusia sehingga mereka ditahan dan didakwa mengikut undang-undang, dengan menyatakan bahawa tindakan mereka melanggar undang-undang imigresen juga boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan pemerdagangan manusia.

Menurut beliau, kejayaan membongkar rangkaian itu adalah hasil kerjasama kukuh antara pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pemimpin tempatan, pegawai imigresen, pemerintah wilayah, UNHCR dan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan