Indonesia berusaha sedaya upaya padam kebakaran Riau
Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pemerintahnya sedang berusaha sedaya upaya untuk memadamkan kebakaran hutan di wilayah Riau.
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pemerintahnya sedang berusaha sedaya upaya untuk memadamkan kebakaran hutan di wilayah Riau.
Presiden Jokowi ke wilayah itu untuk meninjau sendiri keadaan jerebu di sana. Beliau menekankan pentingnya aspek pencegahan dalam menangani masalah kebakaran hutan.
Semasa mengadakan pertemuan di Pekanbaru dengan para pegawai tempatan, Presiden Jokowi berkata negara itu mempunyai semua sumber yang diperlukan bagi mencegah terjadinya jerebu asap.
Namun, sumber-sumber itu tidak diaktifkan dengan betul.
Sehubungan dengan itu, Presiden Jokowi menggesa semua pihak daripada pemerintah pusat hingga pentadbir-pentadbir tempatan supaya berganding bahu untuk mengatasi masalah jerebu sekarang.
Berita tempatan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua orang mati, termasuk bayi perempuan empat bulan, akibat jerebu teruk di Sumatera.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.