Indonesia berkas 5 individu susuli kes penggal gajah terancam Sumatera
Lima lelaki disyaki pemburu haram diberkas kerana memenggal kepala seekor gajah terancam Sumatera, menurut pihak berkuasa Indonesia pada Selasa (17 Ogos) sedang perang terhadap jenayah berhubung hidupan liar di negara Asia Tenggara itu berterusan.
Bangkai gajah terancam Sumatera ditemui tanpa kepala dan gading di Banda Alam di Aceh, Indonesia pada 12 Jul. (Gambar: AFP)
BANDA ACEH: Lima lelaki disyaki pemburu haram diberkas kerana memenggal kepala seekor gajah terancam Sumatera, menurut pihak berkuasa Indonesia pada Selasa (17 Ogos) sedang perang terhadap jenayah berhubung hidupan liar di negara Asia Tenggara itu berterusan.
Polis di Aceh, menyatakan ia memberkas suspek itu semalam susuli siasatan sepanjang satu bulan dan masih memburu pemburu ke-6.
Bangkai gajah jantan berusia 12 tahun itu ditemui dengan kepala dan gadingnya hilang di sebuah ladang minyak sawit pada Julai.
Hasil bedah siasat mendapati haiwan itu diracun, menurut pihak berkuasa.
Salah seorang suspek yang ditahan membunuh dan kemudian memenggal gajah tersebut sementara rakan-rakan subahatnya cuba menjual bahagian-bahagian gading yang berharga itu, kata jurucakap polis Aceh, Encik Winardy.
"Kami masih memburu suspek ke-6 yang berleluasa," kata pegawai tersebut.
Suspek tersebut berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan di bawah undang-undang Indonesia, tambahnya.
Penebangan hutan yang semakin menjadi-jadi mengurangkan sekitaran semula jadi gajah-gajah terancam itu lantas menyebabkan konflik antaranya dengan manusia sedang gading haiwan berkenaan pula amat berharga dalam perdagangan hidupan liar haram.
Terdapat beberapa kes keracunan gajah sejak kebelakangan ini, termasuk pada 2019 di mana seekor gajah Sumatera ditemui dengan kepalanya dipenggal dan gadingnya dipotong.
Agensi pemuliharaan Aceh menganggarkan wilayah itu kini hanya tinggal 500 gajah Sumatera.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.