Indonesia berisiko jadi hab bagi rangkaian jenayah siber rentas negara susuli serbuan di Jakarta, Batam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Polisi Indonesia)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
JAKARTA: Indonesia muncul sebagai hab baharu bagi operasi perjudian online dan penipuan rentas negara, dedah polis negara itu, dengan pihak berkuasa merancang untuk menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengekang ancaman yang semakin meningkat.
Operasi yang sebelum ini tertumpu di negara seperti Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam kini semakin banyak dikesan di seluruh Indonesia, menurut Biro Pusat Nasional Interpol Indonesia pada Sabtu (9 Mei).
“Selepas serbuan yang berjaya di negara-negara (Indochina), operasi ini nampaknya telah berpindah ke Indonesia,” kata Setiausaha Interpol Indonesia, Untung Widyatmoko, seperti dinukil The Jakarta Post.
Serbuan-serbuan terbaharu mendedahkan sarang jenayah siber di seluruh negara yang didakwa melibatkan ratusan warga asing, termasuk satu operasi besar di sebuah bangunan pejabat di kawasan Hayam Wuruk, Jakarta Barat.

Polis menahan 321 individu, termasuk 228 warga Vietnam dan 57 warga China, dalam serbuan di Hayam Wuruk pada 7 Mei.
Pihak berkuasa berkata operasi perjudian online itu telah aktif selama dua bulan.
Serbuan di Hayam Wuruk berlaku sehari selepas satu lagi operasi besar di Batam, di mana pegawai imigresen dan polis menahan 210 warga asing di Apartmen Baloi View di kawasan Lubuk Baja.
“Sebelum ini, kes-kes dikesan di Denpasar, Surabaya, Yogyakarta, Surakarta, Bogor dan Sukabumi,” kata Encik Untung, seperti dipetik Kompas.
Beliau menambah bahawa pelayan yang sebelum ini ditempatkan di hab penipuan seperti Sihanoukville dan Poipet di Kemboja, atau Myawaddy di Myanmar, kini mula berpindah ke Indonesia.
Encik Untung berkata pangkalan operasi bagi jenayah rentas negara itu juga sudah beralih ke Filipina, Timor-Leste, Dubai di Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.
WARGA INDONESIA TERKAIT OPERASI DI KEMBOJA ANTARA YANG DITAHAN
Kompas melaporkan bahawa seorang warga Indonesia yang sebelum ini bekerja di Kemboja merupakan antara yang ditahan dalam serbuan di Hayam Wuruk.
Individu lain yang ditahan termasuk 13 warga Myanmar, 11 warga Laos, lima warga Thailand serta masing-masing tiga dari Malaysia dan Kemboja.
Polis menyatakan kumpulan itu mengendalikan 75 domain dan laman perjudian online, berdasarkan bukti daripada peranti elektronik yang dirampas.
Pihak berkuasa turut merampas wang tunai sebanyak 1.9 bilion rupiah (S$139,000), 53.82 juta dong Vietnam (AS$2,600) dan AS$13,000 menurut media tempatan.
Siasatan awal sudah mengenal pasti 275 suspek yang mungkin berdepan pertuduhan berkaitan perjudian haram dan pengubahan wang haram, lapor Jakarta Post.
Peranan individu-individu lain yang terlibat masih lagi disiasat dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti struktur rangkaian serta dalang di sebalik operasi ini. Para penyiasat juga sedang mengesan penaja, penyewa pejabat, dan aliran kewangan yang berkaitan dengan kegiatan tersebut.
“Kami sedang meneruskan analisis forensik digital, menjejaki aliran kewangan, mengesan pelayan dan mengenal pasti penaja yang membawa (warga asing) ke Indonesia,” kata Pengarah Jenayah Umum Jabatan Siasatan Jenayah Indonesia, Wira Satya Triputra.
Encik Untung berkata kes di Batam dan Hayam Wuruk mencerminkan corak peningkatan operasi jenayah siber berkait warga asing di Indonesia, termasuk perjudian online, penipuan cinta dan skim pelaburan palsu.
Beliau menggesa penyelarasan rentas negara yang lebih baik susulan peralihan operasi ke Indonesia, sambil mendedahkan rancangan Interpol Indonesia untuk bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi menubuhkan pasukan petugas menangani ancaman tersebut.
Polis Indonesia juga menggesa Kementerian Imigresen dan Pemasyarakatan memperketat pemantauan terhadap warga asing yang dikaitkan dengan jenayah rentas negara.
Siasatan awal mendapati ramai warga asing yang ditahan dalam serbuan Hayam Wuruk memasuki Indonesia tanpa visa dan didakwa tinggal melebihi tempoh 30 hari yang dibenarkan, menurut Encik Wira.
Kebanyakan individu yang ditahan dalam serbuan di Batam pula dilaporkan memasuki Indonesia menggunakan kemudahan bebas visa atau visa semasa ketibaan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.