Skip to main content

Dunia

Indonesia beri suntikan ketiga vaksin COVID-19 untuk petugas kesihatan

Petugas kesihatan di Indonesia akan diberikan vaksin ketiga menggunakan vaksin jenis Moderna bagi meningkatkan lagi ketahanan diri terhadap COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia beri suntikan ketiga vaksin COVID-19 untuk petugas kesihatan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Jul 2021 09:19PM Dikemas Kini : 09 Jul 2021 09:31PM

JAKARTA: Petugas kesihatan di Indonesia akan diberikan vaksin ketiga menggunakan vaksin jenis Moderna bagi meningkatkan lagi ketahanan diri terhadap COVID-19.

Dalam sidang media menerusi webinar hari ini (9 Jul), Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata program vaksinasi ke-3 (booster) akan dilakukan mulai minggu depan melibatkan 1.47 juta tenaga kesihatan. 

Petugas kesihatan atau frontliners merupakan golongan pertama diberikan vaksin menerusi program vaksinasi nasional yang bermula 13 Januari lepas, menggunakan vaksin jenis Sinovac.

Menurut laporan media tempatan, sejak awal pandemik sehingga 28 Jun lepas, sebanyak 1,031 petugas kesihatan di negara itu meninggal dunia kerana COVID-19.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, lebih 35.7 juta petugas kesihatan sudah menerima vaksin pertama, manakala lebih 14.8 juta sudah menerima vaksin kedua di Indonesia.

Sejak Jun lepas, kes positif baru mula meningkat mendadak akibat varian Delta, yang setakat hari ini mencatatkan lebih 2.4 juta kes positif keseluruhan.

Bagi tempoh 24 jam lepas, Indonesia mencatatkan 37,124 kes positif baru, manakala 871 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 64,631 orang.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita