Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia berharap dapat eksport ayam ke S'pura dalam beberapa minggu akan datang

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia berharap dapat eksport ayam ke S'pura dalam beberapa minggu akan datang

(Gambar: Bay Ismoyo/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2022 11:29AM Dikemas Kini : 21 Jun 2022 11:29AM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia berharap untuk mencapai persetujuan dengan Singapura untuk mula mengeksport ayam ke sini dalam masa beberapa minggu akan datang, menurut para pegawai, sedang Singapura mencari sumber bekalan alternatif setelah Malaysia melarang eksport ayam ke negara ini. 

Dengan tanda yang terus menunjukkan kekurangan makanan global dan isu-isu yang membelenggu rantaian bekalan, Malaysia memutuskan untuk menghentikan eksport ayam ke sini pada bulan ini sehingga pengeluaran tempatan dan kos yang melambung tinggi kembali stabil. 

Langkah tersebut menjejas Singapura dengan restoran-restoran dan gerai-gerai makanan di sini menaikkan harga makanan yang digemari ramai, iaitu nasi ayam. 

Menurut pegawai kanan Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Republik Indonesia, Susiwijono Moegiarso, pihak berkuasa sudah mengadakan "perbincangan teknikal" dengan Singapura dan berharap eksport ayam boleh dimulakan pada bulan ini. 

Dalam kenyataannya, Agensi Makanan Singapura (SFA) turut mendedahkan bahawa ia sedang "bekerja rapat" dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung pentauliahan negara itu sebagai sumber import ayam. 

Indonesia, negara terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah penduduk yang paling ramai di rantau ini, mempunyai lebihan ayam buat masa ini.

Indonesia menghasilkan sekitar 55 juta hingga 60 juta ayam seminggu, dengan lebihan kira-kira 15 hingga 20 peratus selepas penggunaan domestik, menurut Pengerusi Gabungan Perusahaan Pembibitan Unggas (GPPU), Achmad Dawami, kepada Reuters. 

Eksport ke Singapura, permintaan yang dianggarkan sekitar 3.6 juta hingga 4 juta sebulan, boleh membantu untuk merapatkan jurang tersebut, kata Encik Achmad. 

Singapura mahu mengimport ayam hidup bagi memastikan pusat sembelihan tempatan dapat terus beroperasi, kata Encik Achmad, sambil menarik perhatian bahawa pengeluar ayam Indonesia lebih cenderung mengeksport ayam yang sudah disembelih kerana mereka kurang berpengalaman dalam penghantaran ayam hidup. 

"Semoga dalam tempoh dua minggu akan datang, perjanjian dapat dicapai. Jika kami perlu menunggu selama beberapa bulan, kita akan terlepas momentumnya," tambah Encik Achmad. 

Malaysia memutuskan untuk menarik balik larangan eksport ayam secara separa bagi ayam premium tertentu. 

Sungguhpun demikian, larangan eksport ayam ternakan komersil - yang membentuk sebahagian besar ayam yang diimport Singapura dari Malaysia - dan produk-produk ayam yang lain masih dilarang. 

Harga ayam, iaitu salah satu sumber protein paling murah di Malaysia, melambung tinggi baru-baru ini disebabkan oleh kekurangan makanan ayam yang diburukkan lagi oleh perang Rusia-Ukraine. 

Sumber : Reuters/Ny/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa