Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia berdepan serangan siber ganggu Pilihan Raya Presiden

Pihak berkuasa Indonesia sedang berdepan dengan serangan-serangan siber yang cuba mengganggu pilihan raya presiden negara itu, yang akan berlangsung pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia berdepan serangan siber ganggu Pilihan Raya Presiden

Gambar fail seseorang yang menaip kod siber. (Gambar: Kacper Pempel/Reuters)

Diterbitkan : 14 Mar 2019 08:41PM Dikemas Kini : 14 Mar 2019 08:43PM

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia sedang berdepan dengan serangan-serangan siber yang cuba mengganggu pilihan raya presiden negara itu, yang akan berlangsung pada bulan depan.

Menurut satu laporan, para penggodam China dan Rusia menjadi dalang serangan ke atas pangkalan data pengundi Indonesia itu.

Beijing dan Mosko bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia menyatakan serangan-serangan siber itu termasuk perbuatan cuba memanipulasi atau mengubah kandungannya serta mewujudkan apa yang disebut sebagai 'para pengundi hantu', atau identiti pengundi palsu.

Pihak berkuasa Indonesia belum mendedahkan bagaimana ia akan menangani serangan siber itu tetapi menegaskan ia boleh mengatasinya.

Suruhanjaya itu juga menyatakan proses pilihan raya bulan depan tidak terjejas.

Lebih 187 juta rakyat Indonesia layak mengundi dalam pilihan raya pada 17 April.

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan