Indonesia benarkan pasukan panji-panji berhijab semasa upacara Hari Kemerdekaan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Presidential Secretariat Press Bureau/Muchlis Jr)
JAKARTA: Anggota wanita pasukan pengibar bendera Indonesia boleh memakai tudung semasa upacara Hari Kemerdekaan di ibu negara baharu Nusantara pada 17 Ogos, Sekretariat Presiden menjelaskan bagi menangani kontroversi yang tercetus selepas mereka dilihat tanpa bertudung semasa penampilan sulung mereka tahun ini.
Ketua Sekretariat Heru Budi Hartono membuat kenyataan itu bagi meyakinkan orang ramai selepas Badan Pembinaan Ideologi Pancasila (BPIP) sebelum ini mengakui mengarahkan anggota pasukan pengibar bendera dikenali sebagai Paskibraka menanggalkan tudung atau hijab mereka semasa menjalankan tugas.
Badan Pembinaan Ideologi Pancasila adalah sebuah lembaga pemerintah bukan kementerian yang ditugaskan untuk menjunjung Pancasila, ideologi negara, serta pengembangan dan pelaksanaan ideologinya.
Keputusan untuk menghadkan penggunaan tudung dikritik orang ramai, yang melihat semua ahli Paskibraka yang berhijab tidak berbuat demikian semasa majlis perlantikan mereka pada Selasa (13 Ogos).
Paskibraka adalah sebuah skuad elit yang terdiri daripada remaja sekolah menengah yang dipilih dari seluruh Indonesia, yang bertugas mengiringi, menaikkan dan menurunkan bendera negara Indonesia atau penduanya pada upacara Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos setiap tahun.
Menurut kumpulan alumni Paskibraka, terdapat 18 ahli berhijab dalam kumpulan itu sekarang.
"Kami meminta wanita (anggota Paskibraka) yang memakai tudung untuk terus memakainya (semasa bertugas)," kata Encik Heru Budi pada Rabu, seperti dipetik agensi berita Antara.
Ahli-ahli Paskibraka memakai tudung semasa raptai upacara Hari Kemerdekaan di Nusantara pagi itu, tambahnya.
Pengerusi BPIP Yudian Wahyudi sebelum ini mewajarkan keputusan mengarahkan anggota Paskibraka menanggalkan tudung mereka atasn alasan keseragaman, walaupun para ahli Paskibraka yang lalu dibenarkan memakai tudung semasa bertugas.
"Kita mesti faham bahawa ahli Paskibraka harus seragam," kata Encik Yudian pada petang Rabu.
Beliau juga memberitahu anggota pasukan tersebut bahawa mereka akan dikehendaki menanggalkan tudung mereka hanya semasa upacara berkenaan dan semasa menaikkan bendera.
Menurut Encik Hartono, BPIP tidak melaporkan kepada Sekretariat Presiden berhubung arahannya kepada ahli Paskibraka wanita untuk menanggalkan tudung mereka.
Seorang pegawai tinggi Majlis Ulama Indonesia (MUI) melahirkan rasa kecewa terhadap peraturan yang kini dibatalkan yang melarang ahli Paskibraka wanita memakai tudung.
“Kami tentu kesal dengan tindakan ini kerana selain tidak menghormati hak asasi manusia, ia juga telah menghina Perlembagaan Republik Indonesia sendiri,” kata timbalan pengerusi MUI Anwar Abbas dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Kumparan.
“Bagi wanita Islam, memakai tudung dan berhijab adalah satu ibadah.
“Justeru, jika ada pihak yang melarang wanita Islam memakai tudung di negara ini, bermakna orang berkenaan tidak menghormati Perlembagaan dan juga telah menghina ajaran Islam,” katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.