Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia bekukan penghantaran pekerja ke M'sia serta-merta

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Indonesia akan melaksanakan pembekuan sementara ke atas penghantaran semua pekerja ke Malaysia dengan serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Portal MalaysiaKini melaporkan, Duta Besar Indonesia ke Malaysia Encik Hermono mengesahkan kepada portal berita itu bahawa surat rasmi berhubung keputusan tersebut sudah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia M. Saravanan pada Selasa (12 Jul).

Jelas Encik Hermono, penggunaan berterusan Sistem Maid Online (MOS) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengambilan Pekhidmat Domestik Indonesia merupakan pelanggaran MoU yang ditandatangani pada 1 April, lapor MalaysiaKini.

“Kami mempunyai bukti kukuh bahawa Jabatan Imigresen bawah Kementerian Dalam Negeri terus menggunakan MOS untuk pengambilan pekhidmat domestik Indonesia ke Malaysia,” ujar Encik Hermono.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan