Indonesia bawa keluar 120 rakyatnya yang terjejas gempa dari beberapa wilayah di Turki
Bangunan yang runtuh di Kahramanmaras pada 14 Februari 2023, seminggu selepas gempa bumi melanda Turki dan Syria, meragut nyawa lebih 35,000 orang. (Gambar: Ozan Kose/AFP)
Menurut Kementerian Luar Indonesia, usaha membawa keluar lima lagi rakyatnya dan tiga rakyat Filipina sedang dilakukakan kakitangan kedutaan republik itu di Ankara.
“Warga Indonesia yang terjejas akibat gempa bumi di Turki dianggarkan 500 orang,” kata Menteri Luar Retno Marsudi dalam sidang media.
Setakat Isnin (13 Feb), beliau berkata 10 warganya yang cedera parah sudah dirawat di hospital manakala dua yang meninggal dunia iaitu ibu dan anak dikebumikan di bandar Kahramanmaras.
Pasukan Mencari dan Menyelamat Bandar Sederhana (Musar) Indonesia yang terdiri daripada 65 anggota kini sedang mencari mangsa ditimbunan runtuhan bangunan di Antakya, wilayah Hatya.
Seramai 119 anggota Pasukan Perubatan Kecemasan turut dihantar pada Isnin dengan membawa 18 tan peralatan kesihatan, hospital lapangan dan ubat-ubatan.
Kerajaan Indonesia juga merancang untuk menerbangkan 80 tan bantuan kemanusiaan ke Turkidan Syria Sabtu ini (24 Feb) yang berupa makanan, selimut, pakaian dan khemah, kata Encik Retno.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.