Skip to main content

Dunia

Indonesia bakal tubuhkan pejabat utusan khas tangani krisis Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia bakal tubuhkan pejabat utusan khas tangani krisis Myanmar

Gambar: Kemlu RI

Diterbitkan : 13 Jan 2023 11:14AM
JAKARTA: Pengerusi ASEAN, Indonesia, akan menubuhkan pejabat utusan khas untuk menangani krisis pascarampasan kuasa di Myanmar.

Demikian lapor Agensi Berita Vietnam, memetik Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.

Encik Retno berkata pejabat utusan khas yang akan diterajui oleh beliau itu adalah penting untuk membolehkan dialog nasional diadakan bagi menangani krisis yang sedang berlaku.

Selaku Pengerusi ASEAN untuk 2023, beliau berkata Indonesia akan bekerja mengikut konsensus lima perkara – merujuk kepada rancangan badan serantau itu untuk meletakkan Myanmar kembali ke landasan demokrasi.

Encik Retno berkata ASEAN juga akan terus bekerjasama dengan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani isu Myanmar.

Tentera Myanmar menggulingkan kerajaan yang dipilih pada 1 Februari 2021 dan sejak itu telah melakukan kekerasan, penahanan sewenang-wenangnya serta serangan yang menyasarkan orang awam, menurut PBB dan kumpulan hak asasi manusia.

Lebih 2,700 orang terbunuh dan lebih 17,000 ditahan di Myanmar, menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik yang berpangkalan di Thailand.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita