Indonesia bakal hantar bantuan ke Papua harungi kemarau berpanjangan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP/Achmad Ibrahim)
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia akan mengirimkan bantuan ke sebilangan kawasan terpencil di wilayah timur Papua minggu ini, yang mana ribuan penduduk mengalami kelaparan akibat kemarau, menurut ketua bencana agensi negara itu pada Isnin (31 Jul).
Enam individu terkorban sejak Jun di wilayah pergunungan Puncak, di Papua Tengah akibat musim salji yang diikuti dengan musim kemarau berpanjangan yang menjejas hasil tanaman.
Akses ke kawasan itu dihambat oleh keadaan sekelilingnya serta ancaman oleh pihak pemisah yang bersenjata, dedah pihak berkuasa.
Suharyanto, ketua agensi mitigasi bencana Indonesia (BNPB), menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pihak berkuasa akan menghantar makanan, susu dan bantuan lain ke daerah itu menjelang Rabu (2 Ogos). Kawasan itu hanya boleh diakses dengan kenderaan beroda dua dan helikopter.
Pada pagi Isnin, beliau memberitahu sidang media bahawa penduduk Puncak mengalami kemarau setiap tahun, "namun keadaan lebih ekstrem tahun ini", sehingga beberapa nyawa diragut.
Beliau memberitahu Reuters bahawa empat orang meninggal dunia akibat kelaparan di daerah yang sama, dan menambah bahawa kemarau tersebut berpunca dari perubahan iklim.
Puncak berada berdekatan gunung tertinggi Indonesia, di mana salji turun.
Meskipun Papua kaya dengan sumber semula jadi seperti emas, tembaga, kayu dan gas asli, ia merupakan salah satu kawasan paling miskin dan kurang berkembang maju di Indonesia.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.