Indonesia bakal beli 200 helikopter bagi perkukuh pertahanan, tangani bencana
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengumumkan rancangan untuk memperoleh sehingga 200 helikopter tahun depan bagi mengukuhkan kedudukan pertahanan negara dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana alam, lapor Agensi Berita Indonesia (ANTARA).
Beliau berkata risiko bencana di Indonesia adalah tinggi berikutan kedudukannya dalam Lingkaran Gunung Berapi Pasifik, merujuk kepada respons kecemasan yang sedang dijalankan terhadap banjir dan tanah runtuh di Sumatera.
“Kami baru sahaja menerima lima helikopter baharu minggu ini, dan bilangannya akan terus meningkat. Saya telah mengarahkan para pembantu saya untuk memperoleh 200 helikopter bermula Januari tahun depan,” kata Encik Prabowo semasa acara ulang tahun ke-61 Parti Golkar di Jakarta pada Jumaat (5 Dis).
Beliau menzahirkan ucapan takziah kepada penduduk yang terjejas akibat bencana itu sambil berkata bahawa Indonesia kekal sebagai negara yang tabah serta mampu mengatasi krisis melalui tindakan bersama dan pengerahan segera.
Presiden Prabowo memberi jaminan bahawa pemerintah bertindak segera untuk memberi respons, termasuk mengerahkan 50 helikopter bagi menghantar bantuan serta menyokong operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas.
Beliau mempertahankan rancangan perolehan itu dengan berkata Indonesia perlu memperkukuh keupayaan bukan sahaja untuk menangkis ancaman ketenteraan, tetapi juga untuk bertindak balas secara berkesan sebagai negara yang terdedah kepada bencana.
Menjawab kritikan terhadap pembelian pertahanan berskala besar, beliau berkata para pemimpin negara mesti menjangka keperluan pada masa depan bagi memastikan negara bersedia menghadapi senario terburuk.
“Kita tidak mampu untuk tergesa-gesa mencari helikopter tambahan apabila bencana atau perang sudah berlaku,” katanya.
Encik Prabowo turut menegaskan komitmen pemerintah untuk mengerahkan semua sumber yang ada, termasuk pesawat induk tentera, bagi memastikan respons bencana yang pantas di seluruh negara.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.