Skip to main content

Dunia

Indonesia arah semua rumah sembelih ayam dapatkan pensijilan halal jelang Okt 2024

Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan menekankan kepentingan garis panduan baharu yang meliputi pelbagai aspek penyembelihan, pemprosesan dengan mematuhi standard halal.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia arah semua rumah sembelih ayam dapatkan pensijilan halal jelang Okt 2024

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 06 May 2024 12:56PM

JAKARTA: Kementerian Perdagangan Indonesia mengarahkan semua rumah sembelih ayam supaya mendapatkan pensijilan halal mulai Oktober ini bagi memastikan mutu produk ayam itik yang dikeluarkan. 

Menterinya, Zulkifli Hasan menekankan kepentingan garis panduan baharu itu yang meliputi pelbagai aspek penyembelihan, pemprosesan dengan mematuhi standard halal.

Garis panduan itu selari dengan keputusan pemerintah untuk semua perusahaan milik orang perseorangan, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor masak-memasak untuk memperoleh pensjilan halal menjelang Oktober.

Dalam satu kenyataan beliau berkata:"Keputusan ini menyasarkan untuk melonjakkan keyakinan pengguna, terutamanya dalam kalangan pengguna Muslim dan meningkatkan persaingan produk Indonesia di peringkat sejagat.  

Beliau juga menekankan keperluan menyegerakan pelaksanaan pensijilan halal mandatori dan menyatakan kesediaan seharusnya menjadi keutamaan. 

"Pensijilan halal adalah penting. Jika tidak sekarang, bila ? Kita tidak boleh menunggu untuk selama-lamanya,” kata beliau.  

Pada 1 April lepas, Menteri Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Teten Masduki menyatakan kebimbangannya bahawa menepati tarikh tutup untuk pensijilan halal mungkin mencabar, terutamanya  SME dalam sektor masak-memasak.

Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BJPJH)  Kementerian Hal Ehwal Agama sedang mempercepatkan proses pensijilan halal menerusi kempen "Halal Mandatori Menjelang Oktober 2024” sejak tahun lepas.

Kempen itu mendidik pemilik perniagaan, pihak berkepentingan dan orang awam mengenai keperluan perundangan untuk pensijilan produk diedarkan di Indonesia, yang menempatkan penduduk penganut Islam terbesar di dunia.

Ia sejajar dengan fasa pertama pensijilan mandatori mulai Oktober ini yang meliputi tiga kumpulan produk -- makanan dan minuman, bahan mentah dan bahan tambah serta produk dan perkhidmatan sembelih.

Bulan lepas,  BPJPH melaksanakan acara pendaftaran pensijilan halal serta-merta  di 5,040 lokasi.

Mereka juga melaksanakan program pemantauan bersepadu dalam sektor huluan di 1,068 lokasi termasuk kemudahan makanan dan minuman serta rumah sembelih di 34 wilayah.  

Sumber : Bernama/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita