Skip to main content

Dunia

Indonesia, Apple setuju tarik balik larangan terhadap iPhone 16

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia, Apple setuju tarik balik larangan terhadap iPhone 16

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Feb 2025 04:40PM Dikemas Kini : 25 Feb 2025 04:49PM
JAKARTA: Indonesia dan Apple bersetuju dengan syarat-syarat untuk menarik balik larangan terhadap iPhone 16s dan kedua-dua pihak dijangka akan menandatangani perjanjian tersebut seawal minggu ini, lapor Bloomberg News pada Selasa (25 Feb), menukil para individu yang mempunyai maklumat tentang perkara itu.

Indonesia mengharamkan iPhone 16 di negara itu pada Oktober lalu selepas Apple gagal memenuhi syarat-syarat yang mewajibkan telefon bijak yang dijual di negara tersebut harus mengandungi sekurang-kurangnya 35% komponen buatan tempatan.

Sejak itu, menteri pelaburan Indonesia berkata Apple merancang untuk melabur AS$1 bilion dalam loji pengilangan yang akan menghasilkan komponen-komponen untuk telefon bijak dan produk-produk lain.

Selain pelaburan itu, Apple juga komited untuk melatih rakyat tempatan dalam bidang Penyelidikan & Pengembangan (R&D) produknya dan ia akan dilakukan melalui program-program selain daripada Akademi Apple sedia ada, menurut laporan itu.

Bagaimanapun, Apple tidak pula mempunyai rancangan segera untuk mula membuat iPhone di negara itu, dedah laporan tersebut.

Apple dan Kementerian Perindustrian Republik Indonesia, yang ditugaskan untuk menguatkuasakan larangan itu, tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen. Kedua-dua pihak juga tidak memberi respons kepada Bloomberg.

 
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita