Indonesia ancam tutup X kerana kandungan lucah
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia bersedia untuk menutup platform media sosial X jika ia tidak mematuhi peraturan yang menghalang kandungan lucah, kata Menteri Komunikasi dan Informasi (Kominfo) Budi Arie Setiadi pada Jumaat (14 Jun).
Indonesia, negara majoriti Muslim terbesar di dunia, mempunyai peraturan ketat yang melarang perkongsian kandungan online yang dianggap lucah.
Encik Budi memberitahu Reuters, beliau sudah menghantar surat amaran kepada X berkaitan perkara tersebut.
"Kami pasti akan menutup perkhidmatannya," katanya sambil merujuk kepada undang-undang maklumat dan transaksi elektronik (ITE) Indonesia, yang boleh membawa kepada hukuman penjara enam tahun jika seseorang menyebarkan kandungan lucah.
Kenyataan itu dibuat beliau selepas platform media sosial itu baru-baru ini mengemas kini dasarnya untuk membenarkan kandungan dewasa yang dihasilkan secara persetujuan.
X, yang dimiliki oleh jutawan Elon Musk, bagaimanapun, tidak menjawab surat amaran Indonesia, kata Encik Budi, sambil menegaskan, pemerintah Indonesia akan menghantar lebih banyak surat sebelum memutuskan kemungkinan penutupan.
X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai menjawab permintaan Reuters yang meminta penjelasan,.
Menurut laporan Astro Awani, rakyat Indonesia merupakan pengguna terbesar media sosial dan X mempunyai 24.85 juta pengguna di negara itu, menurut agensi pengumpulan data negara tersebut, Statista.
Sebelum ini, Malaysia turut menyuarakan penegasan mengenai dasar negara kepada penyedia platform laman sosial, X, yang didakwa mengubah syarat perkhidmatannya secara rasmi dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.
Menteri Perhubungan Malaysia, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu sememangnya melanggar undang-undang Malaysia dan tidak dibenarkan.
“Insya-Allah, kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan, dasar negara kita kepada pihak X.
Terdahulu, media melaporkan aplikasi X secara rasmi membenarkan penggunanya memuat naik kandungan dewasa.
Kemas kini dasar baharu itu bukan sahaja membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah, malah mereka juga boleh mengedar dan menggunakan bahan berunsur seksual, selagi ia mendapat persetujuan pihak terlibat.
Menurut dasar itu, pendedahan kepada bahan grafik lucah akan dihadkan kepada kanak-kanak dan
pengguna dewasa yang memilih untuk tidak melihatnya, seperti dinukil laporan Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.