Indonesia akan tubuh pasukan petugas antipenipuan online jelang pilihan raya daerah
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA:Indonesia sedang bersiap sedia untuk menubuhkan pasukan petugas antipenipuan bagi memerangi berita palsu dan maklumat salah online semasa Pilihan Raya Daerah 2024 yang akan diadakan pada November, lapor Xinhua.
Pasukan petugas ini akan bekerjasama dengan platform digital yang banyak digunakan oleh rakyat Indonesia seperti Instagram, Facebook, WhatsApp, YouTube, X, TikTok dan SnackVideo.
"Kami memberi peluang kepada platform-platform ini untuk turut serta secara aktif dalam mencegah penyebaran maklumat palsu berkaitan pilihan raya," kata Prabu Revolusi, Ketua Pengarah Maklumat Awam dan Komunikasi di Kementerian Komunikasi dan Informatik, pada Isnin (30 Sep).
Walaupun kementerian itu belum mencatatkan peningkatan dalam maklumat palsu setakat ini, ia sedang menyediakan kerjasama dengan platform digital bagi memastikan keadaan yang kondusif menjelang pilihan raya.
Pilihan Raya Daerah 2024 dijadualkan diadakan serentak di seluruh Indonesia pada 27 Nov, dengan kementerian memberi tumpuan kepada penyertaan pengundi, isu perkauman, dan meningkatkan kepercayaan awam terhadap demokrasi.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.