Indonesia akan tarik diri dari Lembaga Keamanan jika visi Palestin tidak dicapai
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia memberi amaran tegas bahawa pihaknya sedia menarik diri daripada Lembaga Keamanan, sebuah badan yang dilancarkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sekiranya ia gagal memenuhi matlamat utama Jakarta memastikan kemerdekaan dan kedaulatan Palestin.
Amaran itu disampaikan Menteri Luar Indonesia, Sugiono, selepas Presiden Prabowo Subianto mengadakan sesi libat urus intensif selama dua hari dengan pemimpin politik, tokoh agama dan mantan diplomat bagi menjelaskan pendirian Indonesia serta menangani sensitiviti di Indonesia, menurut laporan Astro Awani.
Menurut Encik Sugiono, Indonesia menetapkan penanda aras jelas bagi menilai keberkesanan Lembaga Keamanan dalam membina kestabilan di Gaza dan Palestin, dengan penegasan bahawa sebuah negara Palestin merdeka adalah keutamaan mutlak.
Naib Pengerusi Majlis Ulama Indonesia, Cholil Nafis, memetik kenyataan Encik Prabowo sebagai berkata bahawa penyertaan Indonesia tidak bermaksud negara itu wajib menyokong keputusan yang bertentangan dengan pendiriannya.
“Jika kita menyertai Lembaga Keamanan, kita tidak terikat untuk menyokong mana-mana keputusan yang bercanggah dengan pendirian kita.
"Dan jika tiada perubahan, Presiden bersedia untuk menarik diri,” kata Cholil Nafis, seperti dipetik Astro Awani.
Indonesia menyertai Lembaga Keamanan pada 22 Januari selepas Encik Prabowo menandatangani piagam penubuhannya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.
Walaupun inisiatif itu digambarkan sebagai usaha baharu untuk menghentikan keganasan di Gaza, Encik Trump turut memberi gambaran bahawa lembaga itu boleh digunakan bagi menangani konflik lain pada masa hadapan.
Encik Sugiono turut mengakui bahawa Lembaga Keamanan belum mempunyai struktur operasi yang jelas, termasuk lokasi sekretariat dan pelan kerja rasmi, sambil menyatakan bahawa segala-galanya masih “dalam proses” dan akan dinilai secara berterusan oleh Jakarta.
Mantan Timbalan Menteri Luar, Dino Patti Djalal, selepas bertemu Encik Prabowo pada 4 Februari, berkata meskipun beliau menyokong pelibatan Indonesia, Lembaga Keamanan merupakan sebuah eksperimen diplomatik dan bukannya penyelesaian mutlak.
Namun beliau menegaskan bahawa ia kini satu-satunya mekanisme diplomatik yang sedang dibincangkan bagi mengurangkan keganasan berterusan di Palestin.
Penganalisis dasar melihat langkah Jakarta sebagai usaha Encik Prabowo mengimbangi tekanan domestik dan aspirasi global, sekali gus memposisikan Indonesia sebagai pemain diplomatik lebih aktif tanpa menjejaskan komitmen tradisi negara itu terhadap perjuangan Palestin atau memberi gambaran penyelarasan menyeluruh dengan agenda Washington.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.