Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia akan semak semula undang-undang buruh dan gaji minimum

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia akan semak semula undang-undang buruh dan gaji minimum

Gambar: AP/ Achmad Ibrahim

Diterbitkan : 14 Sep 2022 04:34PM Dikemas Kini : 14 Sep 2022 05:18PM
JAKARTA: Indonesia akan menyemak semula undang-undang buruh, termasuk mengenai gaji minimum.

Ia berikutan bantahan besar-besaran menentang kenaikan harga minyak pembakar bersubsidi.

Ketua Pejabat Presiden berjumpa dengan penunjuk perasaan pada Isnin (14 Sep).

Namun kesatuan sekerja dan para pelajar terus mengadakan bantahan di jalan-jalan raya mendesak agar pemerintah membatalkan langkah menaikkan harga minyak pembakar bersubsidi sekitar 30 peratus.

Bantahan yang berlaku berdekatan Istana Presiden dan Kementerian Tenaga Kerja berlangsung dengan tegang.

Selain melaung-laung cogan kata, ratusan penunjuk perasaan juga membakar penghadang jalan.

Bantahan sudah berlaku sejak lebih seminggu lalu dengan pihak penganjur mahukan ketelusan berhubung penggunaan dana subsidi minyak.

Pemerintah menyatakan skim subsidi itu menghabiskan banyak peruntukan perbelanjaan pemerintah.

Para penunjuk perasaan memberi amaran akan terus bertindak selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan