Skip to main content

Dunia

Indonesia akan naikkan paras mandatori bioetanol dalam minyak petrol kepada 10% jelang 2028

Indonesia merancang untuk mengenakan paras kandungan bioetanol yang diwajibkan, iaitu sebanyak 10 peratus untuk gasolin (minyak petrol) pada 2028, kata pegawai Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral Tri Winarno pada Khamis (5 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia akan naikkan paras mandatori bioetanol dalam minyak petrol kepada 10% jelang 2028

Gasolin mengalir dari sebuah tangki bawah tanah di stesen minyak Pertamina di Jakarta, Indonesia pada 17 Feb 2016. (Gambar: Reuters/Beawiharta)

Diterbitkan : 05 Feb 2026 01:59PM Dikemas Kini : 05 Feb 2026 02:01PM
JAKARTA: Indonesia merancang untuk mengenakan paras kandungan bioetanol yang diwajibkan, iaitu sebanyak 10 peratus untuk gasolin (minyak petrol) pada 2028, kata pegawai Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral Tri Winarno pada Khamis (5 Feb).

Indonesia merancang untuk mengembangkan penggunaan biobahan api yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit dan tebu bagi mengurangkan import dan menjadi lebih cekap tenaga.

Namun, kekangan bekalan etanol memaksa Indonesia untuk menangguhkan rancangan untuk menaikkan kandungan bioetanol yang diwajibkan bagi gasolin.

Sebelum ini, Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral menyatakan paras kandungan bioetanol yang diwajibkan adalah sebanyak 10 peratus yang akan diperkenalkan pada 2027, namun ditangguhkan selama setahun lagi.

"Bagi mengurangkan import gasolin, pemerintah menetapkan sasaran bioetanol wajib sebanyak 5 peratus menjelang 2025 yang akan dinaikkan kepada 10 peratus menjelang 2028," kata Encik Winarno di sebuah seminar tenaga.

Indonesia tidak dapat memenuhi sasaran yang ditetapkan pada 2025 kerana bekalan etanol tidak mencukupi.

Indonesia merancang untuk menghasilkan 0.80 juta kiloliter bioetanol menjelang 2028, menurut data Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral, dengan permintaan gasolin di peringkat nasional sebanyak 39.9 juta kiloliter.

Pemerintah akan memperkenalkan beberapa langkah menjelang pelaksanaannya, termasuk meningkatkan mutu gasolin sebagai bahan api asas, meningkatkan keupayaan infrastruktur dan mempelbagaikan bekalannya, kata Encik Winarno.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita