Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia akan import 2 juta tan beras hadapi kemungkinan kemarau

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Indonesia akan mengimport dua juta tan beras menjelang akhir tahun ini bagi menghadapi kemarau yang dijangka berlaku akibat El Nino, kata Presiden negara itu, Joko Widodo pada Khamis (6 Apr).

Import beras adalah untuk bekalan simpanan Agensi Logistik Negeri selain untuk menstabilkan harga domestik memandangkan El Nino akan menyebabkan kemarau berpanjangan dan menjejaskan pengeluaran beras negara, kata Presiden Jokowi, lapor Xinhua.

Ketua Agensi Makanan Negara Arief Prasetyo berkata import beras kumpulan pertama akan mencecah sehingga 500,000 tan dan dihantar secepat mungkin.

Hasil tuaian padi dari Mac hingga Mei menjadi keutamaan (untuk bekalan beras), tambah Encik Prasetyo, namun ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk negara itu yang melebihi 270 juta.

Menurut Statistik Indonesia, negara Asia Tenggara itu mengimport kira-kira 400,000 tan beras pada 2021 dan 320,000 tan pada 2022.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan