Skip to main content

Dunia

Indonesia akan benarkan semula pelancongan Gunung Bromo selepas 13 hari operasi padam kebakaran

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia akan benarkan semula pelancongan Gunung Bromo selepas 13 hari operasi padam kebakaran

Asap kelihatan keluar dari Taman Negara Gunung Bromo di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia, pada 6 Ogos 2026. (Gambar fail: REUTERS/Stringer)

Diterbitkan : 19 Aug 2026 11:59PM
  • Pejabat Taman Negara Bromo Tengger Semeru mengumumkan pembukaan semula pelancongan di Gunung Bromo selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
  • Ketua pejabat, Rudijanta Tjahja Nugraha, menyatakan keputusan dibuat selepas penilaian keselamatan kawasan untuk pengunjung dan kakitangan.
  • Tempahan tiket secara online dibuka mulai 19 Ogos dengan had maksimum 2,752 pengunjung sehari.
  • Pengunjung diwajibkan mematuhi arahan keselamatan dan melaporkan sebarang tanda kebakaran bagi mencegah insiden berulang.
Dijana oleh AI
JAKARTA: Indonesia akan membenarkan semula aktiviti pelancongan di kawasan Gunung Bromo, Jawa Timur beroperasi selepas kebakaran hutan dan tanah berjaya dipadamkan sepenuhnya menyusuli operasi pemadaman selama 13 hari, menurut Pejabat Taman Negara Bromo Tengger Semeru, lapor Xinhua.

‘’Pembukaan semula dibuat selepas pemantauan dan penilaian keadaan kawasan berkenaan dengan mengambil kira aspek keselamatan pengunjung serta kakitangan’’, kata ketua pejabat taman negara itu, Rudijanta Tjahja Nugraha.

Tempahan tiket secara online dibuka semula pada Rabu (19 Ogos) menerusi laman web rasmi taman negara berkenaan dengan jumlah pengunjung dihadkan kepada 2,752 orang sehari.

Encik Rudijanta berkata pengunjung wajib mematuhi arahan kakitangan taman negara dan dilarang melakukan aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran, termasuk menyalakan unggun api serta membuang puntung rokok atau bahan mudah terbakar.

Pejabat taman negara Indonesia itu turut menggesa para pengunjung agar segera melaporkan jika ternampak asap, bara api atau tanda kebakaran lain kepada kakitangan bagi membantu mencegah kejadian kebakaran daripada berulang.
 
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita