Indonesia AirAsia mulakan penerbangan Jakarta-Kuching pada 15 Jun
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUCHING: Indonesia AirAsia akan mula menawarkan laluan penerbangan baru yang menghubungkan Jakarta dengan Kuching mulai 15 Jun sebagai sebahagian usahanya untuk melonjakkan sektor pelancongan di rantau ASEAN.
Dalam kenyataan yang diterima pada Khamis (4 Mei), AirAsia menjelaskan tambang promosi dari serendah RM199 (S$59) untuk penerbangan sehala kini boleh didapatkan di aplikasi dan laman web AirAsia untuk penerbangan itu.
Penerbangan tersebut ditawarkan tiga kali seminggu iaitu pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.
Promosi tersebut sudah bermula dan akan diteruskan sehingga 14 Mei untuk perjalanan yang akan dilakukan antara 15 Jun, 2023 dengan 29 Oktober, 2023.
“Jakarta adalah bandar kedua di ASEAN yang akan dihubungkan dengan Sarawak oleh AirAsia. Buat masa ini AirAsia Malaysia terbang antara Singapura dan tiga bandar di Sarawak iaitu Kuching, Miri dan Sibu, menjadikannya syarikat penerbangan dengan rangkaian terluas antara Singapura dan Sarawak,” jelasnya.
Berdasarkan jadual penerbangan yang disertakan bersama kenyataan itu, penerbangan Jakarta-Kuching akan berlepas pada pukul 7.30 pagi (waktu Indonesia Barat) dan tiba di Kuching pada pukul 10.40 pagi (waktu Malaysia).
Penerbangan balik pula akan berlepas pada pukul 11.10 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Jakarta pada pukul 12.20 tengah hari (waktu Indonesia Barat).
AirAsia turut menawarkan perkhidmatan domestik bagi Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.