Indonesia adakan mesyuarat kabinet pertama di Nusantara
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan mesyuarat kabinet sulungnya di ibu kota baharu yang dirancang, Nusantara, pada Isnin (12 Ogos). Ini sedang Encik Jokowi berusaha untuk meyakinkan para pelabur bahawa projek besar-besarannya yang bernilai AS$32 bilion (S$42 bilion) masih mencapai kemajuan tepat pada masanya sebelum beliau melepaskan jawatannya pada Oktober ini.
Beberapa tahun selepas mengumumkan projek infrastruktur kemegahannya, yang bermatlamat untuk menghuraikan masalah mengenai bandar Jakarta yang sesak dan kian padat dengan penduduk, Nusantara berdepan dengan beberapa masalah, termasuk kelengahan dalam projek pembinaan dan kekurangan dalam pelaburan asing.
Dalam beliau melakukan persiapan untuk meninggalkan peranannya itu selepas berkhidmat bagi maksimum dua penggal, Encik Jokowi memberitahu menteri-menterinya mengenai ibu kota baharu tersebut, yang sekali gus menandakan satu bab bersejarah baharu bagi negara tersebut.
Nusantara dibina di sebuah ruang yang diliputi hutan di pulau Borneo, kira-kira 1,200 kilometer daripada ibu kota sedia ada, Jakarta.
Lokasi tersebut strategik dan akan menggalakkan pembangunan yang sama rata dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara, jelas Encik Jokowi.
Beliau menambah bahawa jumlah penduduk serta kegiatan ekonomi negara itu telah dipelopori oleh kepulauan Jawa, yang membentuk 58 peratus GDPnya (Hasil Dalam Negeri Kasar).
Hampir kesemua 34 menteri kabinet menghadiri mesyuarat pada Isnin, termasuk Menteri Pertahanan dan Presiden dipilih, Prabowo Subianto, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober nanti.
Encik Jokowi menyuarakan keyakinan beliau yang pelaburan asing akan berterusan, dan bakal Presiden Prabowo dijangka komited kepada projek tersebut.
"Sekurang-kurangnya, saya akan teruskan, saya akan menyelesaikannya semana boleh," tekan Encik Prabowo kepada para wartawan sebelum mesyuarat tersebut.
"Sekalipun kami sedar bahawa pembinaan ibu kota baharu tersebut bukan tugas yang pantas, ia merupakan tugas yang lama berlarutan, dan yang sukar."

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.